Menyediakan novel online versi terbaru. Genre sci-fi, fantasi, misteri, seram, pengembaraan, mesin masa Gaya penulisan santai. Jangan marah kalau ayat mintak flying kick, sebab sy bukan budak sastera OKAY Jiwang?? mungkin tidak sebab tak pernah LULUS berjiwangan. Ketuhanan?? bukan semua tajuk. Takut kena bash salah dalil dan dianggap wahabi. haha Kebanyakan penulisan berkisar sahabat, pengembaraan. Sumber rujukan tempat, event melalui mr.google. So, if got any false information, tak perlu melenting. OKAY

Sunday, 7 December 2014

Crysalis # 13 : Guild Kafe


Shazriq sedang berlatih membina dengan golem kristal mini. Di samping mengguna pakai kuasa yang dia tertiru sebelumnya.
 
Shazriq sudahpun memaklumkan  kumpulannya, trainer dan prof Bernard bahawa dia tidak akan mengikuti sebarang perlawanan versus buat sementara waktu.

Prof juga berfikiran sedemikian. Dua kuasa asas Shazriq sudah membebankan, sekarang Shazriq terpaksa berlatih mengawal dua kuasa yang di’copy’ nya iaitu kuasa psikik Hana dan terbaru kuasa nuklear. Mempunyai kuasa elemen berbeza, jika tidak digunakan atau dipraktiskan dengan betul, boleh membuatkan kuasa itu ‘overcharge’ .

Mungkin itu juga sebabnya semua mutan hanya mempunyai satu elemen utama sahaja.
Shazriq menghasilkan pelbagai jenis golem kristal. Ada antara golem mini yang dibuatnya mempunyai resistant yang tinggi hingga membuatkan kuasa Shazriq tidak berkesan terhadap golem itu. Ada pun golem mini di hasilkan dari campuran kuasa kristal dan nuklear, hasil golem yang dihasilkan mengecewakan. Banyak kali golem mini versi nuklear meletup secara tidak sengaja.

Dia menggunakan idea untuk mencipta golem yang mampu menghasilkan bebola nuklear seperti lawannya, namun tidak berhasil.

“Macam mana nak hasilkan ni. Banyak kali dah aku buat asyik fail je. Kristal biasa tidak mampu mengawal partikel yang bergetar tinggi seperti tindakan nuklear. Mustahil menghasilkan gabungan kuasa nuklear dan kristal,” getus hati Shazriq.
Dia berhenti berlatih seketika. Kemudian dia bangun dan menuju ke  pintu. Dia berjalan sepanjang koridor sambil memikirkan cara lain. Dia kebuntuan idea cara untuk menggabungkan kuasa.

Sedang leka dia berjalan, secara tidak sengaja dia telah pun melepasi kawasan yang dibenarkan oleh guild untuk pelajar. Shazriq masih lagi neutral atau tidak memasuki mana-mana guild.

Sewaktu dia berhenti berjalan, dia sudahpun dalam kawasan kafe. Terdapat ramai orang di kafe tersebut. Terdapat beberapa orang pelayan sedang melayan kerenah orang-orang itu, papan tanda bertulis ‘Notis’  kelihatan terpampang besar di tepi kafe di mana beberapa orang berdiri disitu. 

Tiada seorang pun sedar kehadiran Shazriq di situ. Tiba-tiba dia ditegur dari belakang.
“Hai, kamu orang baru kah? Kamu nak order minum? Makan?” terdengar pelayan menegurnya.

“Err. Minum, apa-apa sahaja” kata Shazriq.

Pelayan itu terus menarik tangan Shazriq ke tempat duduk bar di bahagian minuman. Pelayan itu langsung menyediakan air jus untuk Shazriq.

“Ehhh. Tak pernah tengok kamu sebelum ni. Orang baru ke?” tanya pelayan itu.

“Tak lah. Belum lagi. Evan belum siapkan lagi borang keahlian,” jelas Shazriq tersipu-sipu ditanya pelayan itu.

“Shh! Jangan sebut nama boss dalam kafe ni. Ahli guild di sini sangat menghormati boss. Biasakan panggil nama boss. Saya Mira,” pelayan bernama Mira itu menghulurkan tangan untu bersalaman tanda perkenalan.

“Maaf, saya Ariq,” Shazriq menyapa tangan Mira.

Tiba-tiba kedengaran bunyi dentuman kuat. Dua-atau tiga orang dari pelanggan di kafe itu bergaduh sambil menggunakan kuasa mutan masing-masing.

“Jangan hiraukan. Memang tiap hari dorang bergaduh. Bukan dorang sahaja, kadang-kadang satu guild ni bergaduh di kafe ni.” Jelas Mira bersahaja bagai sudah lali dengan perangai ahli guild itu.

“Kau ingat kau boleh kalahkan aku. Ambil ni!” jerit salah seorang.

Dia menghasilkan satu  bebola lutsinar yang besar, dimana dalamnya masih kelihatan seperti partikel bergetar. ‘Wave Destroyer’ nama yang dipanggilnya untuk serangan itu. Dia membalingnya ke arah lawannya dihadapan.

Lawannya mengelak, dia tahu efek serangan itu bersifat letupan getaran partikel. Lalu bebola itu terus menuju ke bar minuman tempat Shazriq duduk.

“Jaga-jaga!” Jerit Mira yang tersedar bebola itu menuju kearah belakang Shazriq.
Mira memegang bahu Shazriq tetapi sudah terlambat. Bebola wave itu sudah beberapa kaki di belakang Shazriq.

Shazriq terkejut dan menggunakan kuasa nya secara tidak sengaja. Dia menghasilkan kristal bubble menutupi bebola wave itu. Menyebabkan bebola wave itu meletup di dalam bubble kristal.

Bubble itu tiba-tiba menjadi besar impak letupan di dalamnya. Shazriq secara tidak sengaja menghasilkan bebola nuklear fission di tapak tangannya menyebabkan bubble yang membesar hampir meletup itu disedut ke dalam bebola nuklear. Tarikan dari bebola fission dan hentakan dari bubble menolak kuat Shazriq ke meja bar tempat dia letak minuman sehingga patah.

Mujur refleksi minda separuh sedarnya pantas menghasilkan lapisan kristal nipis octagon di seluruh badannya melindungi dari impak depan dan belakang.

Semua orang di situ terkejut, mereka ingatkan Shazriq sudah pun arwah. Namun fikiran mereka meleset apabila Shazriq bangun dengan lapisan kristal masih di badannya selain muka. Lapisan kristal di badannya pun gugur bila Shazriq bangun.
Ahli guild masih lagi terkejut. ‘Wave destroyer’ merupakan serangan paling kuat jenis energy berjaya di tahan oleh orang yang mereka tidak kenali di kafe guild mereka.

Oleh kerana semua mata memandang Shazriq, dia berlari ke pintu beredar secepat mungkin.


*golem mini – dikira sebagai dummy atau golem latihan. User biasanya akan berlatih mencipta golem mini sebelum mencipta saiz yang diingini kelak.

*overcharge – situasi dimana user tidak menggunakan elemen kuasanya, apabila dia mula menggunakannya kembali hasil kuasa dikeluarkan lebih banyak dari hasil yang diingini. Boleh berlaku kepada sesiapa dengan kuasa ‘catalyst’ (meningkatkan kuasa +%)

*Wave destroyer – Bebola lutsinar. Partikel di udara di perangkap dalam bebola dan struktur partikel menjadi laju menyebabkan getaran tinggi dalam bebola. Apabila terkena benda, partikel bergetar dengan kelajuan tinggi mampu menghancurkan benda tersebut. Pada akhir hentaman, partikel bergetar akan meletup membentuk ‘area damage’ yang bergantung kepada kemampatan partikel dalam bebola lutsinar.

Crysalis #12 : Copy


2 minggu lalu, sebelum pemantauan SSU.
 
“Dah siap belum” Tanya Prof Bernard.

“Dah” sambil menunjukkan hasil latihannya.

Dia berjaya mencipta sebuah pokok bunga menggunakan kristal. Apa yang lebih menarik, pokok  kristal yang diciptanya tidak keras seperti kristal. Mampu bergerak ditiup angin.

Prof pernah menyatakan, semuanya bergantung pada imaginasi, emosi. Dalam kes Shazriq, kristal yang di cipta mempunyai karakteristik. Apabila Shazriq menukarkan barang tidak hidup ke kristal, pertukaran begitu pantas. Apabila benda hidup ditukarkan, contoh pokok atau rumput,  perubahan perlahan tetapi kristal yang dihasilkan berkualiti tinggi dan hidup.

Contoh seperti pokok kristal itu. Elemen dalam udara ditukar menjadi kristal,  digabungkan dengan  rumput menyebabkan ia lembut dan hidup.

Shazriq boleh mengawal perubahan kristal tidak hidup, tetapi hanya mampu memberi arahan kristal dari benda hidup. Bermaksud, jika benda hidup dijadikan kristal, seperti binatang, maka ia akan ikut kehendak Shazriq.

“Bagus, dah makin maju. Next week pemantau SSU akan melihat hasil. Selain itu mereka juga akan memuat ujian ranking D-rank pada masa yang sama.” Jelas prof.

“Baik prof. Saya akan buat yang terbaik” balas Shazriq.

“Jangan buat yang terbaik. Tak kira apa yang berlaku, walaupun kamu menjadikan kristal dari benda hidup jangan sesekali menggunakannya kalau tiada keperluan. Terutama skill “bloodsoul” yang menukarkan anggota manusia menjadi ratusan kristal. Atau kualiti kristal, jangan sesekali tunjuk. Kalau SSU atau sesiapa tahu, kamu bukan sahaja di buru, malah menjadi barang untuk keuntungan.” Terang Prof Bernard.

“Lagi satu, kuasa empath jangan sesekali kamu guna untuk mempengaruh atau ‘confess’ orang lain. Kuasa empath sendiri adalah entiti berbeza, tetapi kamu mempunyai kuasa empath hibrid dengan kuasa kristal kamu. Orang lain tidak boleh masuk fikiran kamu, kamu boleh, tetapi bila dah masuk, orang itu akan dipengaruhi dengan fikiran kamu impak karakteristik kristal yang menguatkan confess. Tentu kamu tidak mahu rakan-rakan kamu menjadi orang suruhan kamu bukan? Sama juga untuk ‘skill channel’, jangan gunakan sesuka hati, kalau boleh jangan gunakan langsung. Tengok apa jadi, kamu secara tidak sengaja skill channel Hana, kamu dapat copy skill nya tetapi dia menerima efek ‘overpower’ kristal kamu.” Pesan prof.

Shazriq faham apa yang dimaksudkan prof Bernard. Walaupun dia boleh reverse efek ‘overpower’ dalam skill channel, tetapi copy skill masih ada ‘print’ dalam otaknya.

....

Perlawanan akhir.
Gelanggang api.

Seorang versus seorang. Apabila sorang kalah, maka orang seterusnya akan ganti. Yang paling terakhir menang, memenangi perlawanan.

Kali ni Shazriq menjadi orang pertama yang akan lawan. Pasukan lawan mempunyai 3 orang B-rank dan 2 orang  C-rank.

Shazriq masuk ke gelanggang. Lawan berpangkat B-rank masuk gelanggang. Pelawan pertama mempunyai kuasa pyro iaitu kuasa api. Dia meliputi seluruh badannya dengan api. Gelanggang merupakan kelebihannya. Di tambah dengan kuasa pasif “immolation” menyebabkan bahang panas yang teramat sangat dan mampu meleburkan besi.

Shazriq pada mulanya membentuk golem kristal yang besar. Tetapi mudah di carikan oleh lawan. Agak mustahil untuk berlawan dengan kristal hidup. Dia membuat bubble untuk mengurangkan bahang panas.  Bagaimanapun serangan bertubi-tubi tunbukan dari lawan mudah menghancurkan bubble miliknya.

Darah keluar dari sikunya hasil hentakan ke lantas panas. Dia mendapat ilham selepas merenung darah itu. Walaupun panas, darah itu tidak tersejat. Shazriq menjadikan darah itu kristal, dan membaling nya seperti peluru.

“Tu je ker yang kau mampu buat?” sindir lawan sambil ketawa besar.

“Siapa kata tu saje aku buat. Cuba tengok betul-betul” balas Shazriq.

Tempat luka tersebut  membeku menjadi kristal, ia merebak ke bahagian badan yang lain. Akhirnya satu badan membeku menjadi kristal.

Lawan ke dua Shazriq berlawan dengan B-rank skill istimewa nuklear. Skill paling digeruni ialah nuklear fusion. Ternyata dia bukan calang-calang lawan.

Ia tidak mampu memusnahkan kristal Shazriq dan Shazriq tidak mampu mencederakan dia. User nuklear mempunyai lapisan nuklear di badan. Bermaksud hanya boleh berlawan jarak jauh. Skill kristal Shazriq bagaimanapun kurang efek pada jarak jauh kerana bergantung kepada empath.

Shazriq menjarakkan diri. Apabila pihak lawan perasan yang Shazriq cuba menjarakkan diri, dia menerjah ke depan. Bubble perisai Shazriq berkecai dan mereka hanya beberapa kaki dekat. Shazriq terkejut dengan tindakan lawan menyebabkannya secara tidak sengaja menggunakan “skill channel”meniru skill nuklear lawan.
Sewaktu Shazriq menggunakan kristal di telapak tangannya secara tiba-tiba ia meletup dan menyebabkan lawan terpelanting jauh dan pengsan. Shazriq tidak pasti sama ada ia adalah fision atau fusion.

Lawan ke-3 B-rank light skill. Bagaimana pun Shazriq mengalah apabila badannya mula bergetar. Kesan dari attribute asing iaitu ‘nuklear’ di dalam badannya. Sebelum ini, perkara yang sama berlaku ketika dia meng ‘copy’ kuasa Hana di mana dia diserang sakit kepala yang melampau gara-gara mendengar seluruh fikiran dalam masa yang sama sehingga dia mampu mengawalnya.


*bloodsoul – menukarkan bahagian tertentu menjadi intan dan permata sama ada melalui psikik(kuasa dari Hana) atau dari sentuhan. Penukaran boleh menjadi amputation. Boleh ditukar semula menjadi asal apabila disentuh semula.

*confess – skill menghambakan seseorang.  Sewaktu dalam empath, user akan membaca isi hati, dari isi hati user akan menulis semula isi hati. Apabila berlaku pembabitan kristal, user dapat mengawal saraf pemikiran menyebabkan seseorang menjadi hamba selamanya.

*skill channel – apabila menggunakan empath untuk mengetahui style. User dapat copy karakteristik style kuasa tersebut, meniru dan menghasilkan skill yang sama. Apabila berlaku pembabitan kristal, style kuasa yang di tiru akan kekal dalam pemikiran sebagai print plan. User dapat menggunakan print plan bila-bila masa. Print plan tidak akan berevolusi ke tahap seterusnya.

*nuklear fission dan fusion – nuklear ialah elemen yang tidak stabil. Oleh yang demikian ia hanya boleh fission (nukleus berpecah menjadi ringan) atau fusion (bercambah menjadi berat)
 

Crysalis #11 : Versus




Sebulan latihan sudah berlalu. Minggu lepas SSU membuat pemantaun perkembangan pelajar baru. Shazriq kini mendapat tag gelang berwarna hitam. Setelah sebulan berlatih dalam kumpulan, hari ni latihan baru bermula.


Setiap kumpulan hitam, biru, merah, dan hijau akan dibahagikan lagi mengikut kumpulan yang dianggotai 5 atau 6 orang dari setiap kumpulan terdahulu. Terdapat 9 kumpulan kesemuanya. Dimana 9 kumpulan ini akan berlawan secara berkumpulan 1kumpulan versus 1 kumpulan dalam gelanggang.
 Shazriq termasuk dalam kumpulan 4 iaitu Shazriq(hitam), Jenny(biru), Rafiq(biru), Zirk(merah) dan Fendi(hijau). Shazriq bernasib baik mendapat sahabat baiknya dalam satu kumpulan.

“Aku rasa, baik kita bahagi siapa penyerang dan siapa perisai. Jenny elemen light boleh menjadi perisai( healer), Rafiq Summoner boleh menjadi penyerang (pusher), Fendi telekinesis menjadi perisai(tanker), aku  windbreaker penyerang (main attacker) dan Shazriq jadi perisai (sidekick)” Zirk memberi arahan.

“Aku ok je jadi tanker, tapi Ariq tak sesuai la jadi sidekick. Different dengan kita, skill dia consider nuker. Semua orang tahu kristal yang di hasilnya permanent dan tiada siapa berani berani dekat,” jawab Fendi membantah.

“ Sebab tu lah aku letak jadi sidekick. Kalau dia jadi penyerang, orang lain tak berani, then kita tak belajar apa-apa. Lagipun Shazriq kan putih sebelum ni, means dia tiada pengalaman lawan versus,” jelas Zirk.

“Tapi,” Fendi cuba membidas sebelum dihentikan Shazriq.

“Its okay. Tak apa. Ni first fight kita secara group. Lagi pun aku tak kisah jadi sidekick,” balas Shazriq.

“Then its settle,” dengan nada puas Zirk bercakap.

Oleh kerana Shazriq berlatih seorang, maka tiada siapa yang tahu perkembangannya.

...

Pusingan pertama.
Padang permainan kawasan berlumpur.
Strategi kumpulan 3 : 2-2-1
Strategi kumpulan 8 : 3-2

Peraturan : Kumpulan pertama mengambil 10 bendera (setiap ahli memegang 1 bendera untuk dirampas) menang.

Semua kumpulan berada dalam posisi. Fendi menggunakan skill “fog mist” meliputi embun membatas penglihatan kumpulan lawan. Lawan menggunakan skill “raining fog” menyebabkan hujan lebat membataskan penglihatan kedua-dua kumpulan.

Rafiq memanggil beratus-ratus lintah mengambil kelebihan lumpur dan hujan. Zirk menyerang penyerang lawan yang bergelumang dengan lintah dengan skill “super kick” dan berjaya mengambil 1 bendera.

Lawan menggunakan “shadow hide” berjaya mengalahkan Rafiq dengan mendekatinya. Zirk cuba merampas kembali bendera yang dicuri tetapi tertipu dengan skill lawan. Seorang disabler lawan “stun” Zirk menyebabkan dia tidak boleh bergerak. 

Jenny menggunakan “purify” untuk membuat Zirk kembali berlawan tetapi bendera sudah pun dirampas. Dia menggunakan “Sun Light” untuk menyilaukan mata lawan dan menghilangkan shadow.

Fendi mengambil kesempatan mengawal air hujan menjadi seperti peluru ke arah lawan, pihak lawan membalas serangan dengan “poison root” yang sudah pun menguasai bawah lumpur. Jenny dan Fendi berjaya dikalahkan.

Kini tinggal Shazriq dan 4 orang lawan. Lawan menggunakan poison root untuk melumpuhkan Shazriq. Shazriq membalas serangan dengan menjadikan akar itu kristal. Seorang disable dan shadow user cuba membuat perangkap yang sama. Shazriq menggunakan menyerang balas, dia membuka kedua-dua sarung tangannya dan membuat “crystal bubble” untuk pertahan diri. Dia kemudian, memegang lumpur menyebabkan ia bertukar menjadi kristal dan merebak ke seluruh gelanggang.
Apabila semua sudah menjadi kristal, dia memecahkan bubble dan mengutip bendera tanpa gangguan kerana semua sudah beku. Kemudia dia menukar semua semua menjadi normal.
Kumpulan 3 menang.

Pusingan seterusnya juga dimenangi oleh kumpulan 3.  Ramai tertanya-tanya bagaimana  Shazriq boleh sekuat itu.


Zirk bagaimanapun kelihatan tidak berpuas hati kerana dia ialah tunggak utama penyerang pasukan itu.