12 April
2017
4 bulan
sudah berlalu sejak kali pertama bencana itu.
Kawasan merah di kuarantinkan. Letupan dari tahi bintang itu didapati
menyebabkan kawasan tersebut beradiasi tinggi. Manakala sesiapa yang berada di
kawasan berkenaan di asingkan untuk
peninjauan sebelum dibenarkan keluar dari kawasan merah.
2 400 orang
di asingkan di kem AFHR (After Mass High Radiation Quarantine). Seramai lebih
300 ribu orang disahkan mati manakala lebih 1 juta orang masih tidak ditemui
dalam bencana itu. Mayat Hazimah walau tidak dapat ditemui.
Zain di
asingkan dari anaknya. Bukan keluarganya sahaja, sesiapa mangsa dewasa yang cedera
juga diasingkan dan diletakkan berasingan antara satu sama lain.
Kerajaan dan
pakar saintis yang dihantar di tempat kejadian berpendapat mereka yang terkena
tahi bintang itu mungkin di infeksi. Kawasan luka secara ‘direct contact’
dengan tahi bintang meninggalkan kesan ‘luminous’ atau bercahaya biru bila
basah. Menurut mereka biru itu sendiri mungkin hidupan parasit yang dibawa oleh
tahi bintang.
Terdapat
perdebatan meluas dan hebat antara saintis dan ahlikaji perubatan. Mangsa meteor
tersebut kebanyakannya berlaku mutasi. Ada berpendapat kemungkinan dari parasit
tersebut dan ada berpendapat dari radiasi. Perbedaan pendapat ini menyebabkan semakin sukar untuk sesiapa
yang terperangkap dalam tragedy itu untuk membebaskan diri.
Zain turut
menjadi mangsa. Tangan kirinya membengkak sebesar bola ragbi walaupun hanya 2
bulan. Lebih menggusarkan dirinya apabila jarinya seolah-olah melekat antara
satu sama lain. Kini bengkak itu menyebar ke bahu.
Ada mangsa
bencana yang lebih teruk dari keaadaan dirinya. Seorang wanita mengalami
kebengkakan otot badannya seperti sebuah bola yang besar. Situasi berbeda bagi individu lain. Ada yang
mengalami perubahan hormon, lebihan rambut di tempat tidak sepatutnya, kulit
bertukar menjadi keras atau berlendir dan ada seperti mayat hidup.
Namun semua
mangsa yang bawah 17 tahun tidak mengalami sebarang simptom tersebut. Walaupun terdapat
antara kanak-kanak dan remaja cedera
parah disebabkan terkena parasit luminous itu, mereka kembali sihat seperti
sediakala.
Zain terjaga
dari lena apabila terdengar bunyi letupan. Pintu bilik pengasian tidak berkunci
dan terbuka. Zain berjalan menuju pintu dalam keadaan mamai kerana musykil
orang bertempik menjeri-jerit.
Sampai di
pintu, Zain terpaku. Kerongkongnya rasa gatal dan terasa loya. Hampir sahaja
dia muntah hijau di situ. Dihadapannya kelihatan tangan yang putus. Darah bersepah
berlumuran di setiap pelusuk lantai. Mayat bersepah merata tempat. Ada yang di
tembak, di penggal, dilapah, di siat, tidak kurang bekas gigitan seperti
serangan haiwan liar. Bau hanyir darah segar menyengat hidung. Sekali lagi Zain
hampir termuntah.
Beliau
mencapai tuala dan melilit sekitar lehernya.. Hidungnya ditutup rapat dengan
tuala itu. Kemudian dia mengambil tuala dari sel bilik sebelah yang tidak berpenghuni.
Tangan kiri dibalut dengan tuala. Zain keluar meliar mengesan tanda arah
mencari sel anak-anaknya.
Keadaan sama
seperti sel nya. Jalan berlumuran darah, mayat bertebaran tidak tahu mana
tangan dan kaki. Tidak kurang juga yang hidup nyawa-nyawa ikan mintak
pertolongan.
Setelah hampir
10 minit meredah jalan. Akhirnya dia menjumpai blok kanak-kanak. Kedengaran budak
meraung menangis. Tiada seorang pun pengawal dan doktor kelihatan. Kemungkinan semua
sudah melarikan diri terlebih dahulu.
Kelihatan
semua kanak-kanak itu berhimpit-himpit di hujung sudut bilik ketakutan. Terdapat
seorang wanita ditengah-tengah wad
tersebut. Wanita tersebut memanggil kanak-kanak tersebut supaya tidak takut
dengannya. Tetapi ada sesuatu yang ganjil dengan wanita itu.
Dia memegang
tangan seorang budak dan mengunyah daging. Zain merasa mual namun sedaya upaya
ditahannya. Zain cuba menyusup masuk tanpa disedari. Di tenung satu-satu wajah
kanak-kanak disitu jika ada anak sulungnya
Shaari. Tiba-tiba seorang budak menjerit memanggil Papa. Zain tahun itu
suara anaknya dan dia masih hidup!
Wanita kurang
siuman yang tengah melapah daging itu tersentap dan menoleh belakang. Zain
terkejut dan segera dia mengambil bangku kayu di sebelahnya dan menghentam
kepala wanita itu. Tak cukup sekali, dia ulangi menghentak bangku itu hingga
patah risau jika wanita itu bangun. Boleh tahan wanita itu, bangku patah masih
lagi agresif. Dengan kayu patah di tangannya, dia segera menusuk sekuat
hati belahan tajam kayu itu ke leher
wanita itu. Wanita itu menggeluar seperti ayam yang kesamparan sebelum mati. Segera
Zain mencapai badan anaknya dan memeluknya sambil berlari keluar.
Zain kemudia
menuju ke wad anak bongsunya. Mujur wad untuk bayi tidak jauh dari wad
kanak-kanak.
Tedapat
lebih 90 orang bayi disitu, agak sukar untuk Zain mencari anaknya kerana tag
nama bayi itu yang sungguh luar biasa. Saintis namakan mereka dengan kod nama
A, AB, XX,Y0,7Y dan sebagainya. Zain terpaksa meminta Shaari untuk membuat
pengecaman mana-mana bayi ada parut di atas telinga kanan.
Sedang mencari
tiba-tiba seorang wanita berpakaian seperti seorang doktor menyerang Zain. Tangan
kirinya putus. Zain sedikit tersentak tetapi tidak menjerit, mungkin kerana
bengkak tangan kirinya itu. Malah selepas ditetak sedikit darah sahaja menitis
umpama tangan kirinya sebenarnya sudah lama mati. Zain bertindak balas menolak
wanita itu ke dinding menyebabkan wanita itu pengsan.
Shaari menjumpai
adiknya. Hanya seorang sahaja dalam wad itu yang mempunyai parut di kepala. Dan
memanggil bapanya. Shaari terkejut bapanya putus tangan kiri namun Zain pandai
menenangkan Shaari.
Zain
menggendong anak bongsunya menggunakan lengan kiri. Dia membuat penggendong
menggunakan tuala di lehernya untuk menampung anak bongsunya dan lengannya. Sambil
tangan kanannya memegang tangan Shaari, mereka melarikan diri meredah hutan
belukar tanpa gangguan askar yang sudah pun melarikan diri.

No comments:
Post a Comment