Menyediakan novel online versi terbaru. Genre sci-fi, fantasi, misteri, seram, pengembaraan, mesin masa Gaya penulisan santai. Jangan marah kalau ayat mintak flying kick, sebab sy bukan budak sastera OKAY Jiwang?? mungkin tidak sebab tak pernah LULUS berjiwangan. Ketuhanan?? bukan semua tajuk. Takut kena bash salah dalil dan dianggap wahabi. haha Kebanyakan penulisan berkisar sahabat, pengembaraan. Sumber rujukan tempat, event melalui mr.google. So, if got any false information, tak perlu melenting. OKAY

Friday, 5 December 2014

Crysalis #4 : room mate


Shazriq sampai ke dalam kolej selepas menaiki teksi. Selepas mendaftar masuk dan mendapat kunci bilik, dia terus menuju ke bilik yang di nyatakan. 
 
Shazriq menaiki tangga ke aras 2 Blok A asrama tersebut. Dia menerusi koridor dan tiba di hadapan pintu yang tertera tag “BS-15”. Terdapat seorang pelajar sudah berada di situ, bakal menjadi roommate nya untuk penggal ini.


“Hai. Nama saya Shazriq. You can call me Ariq”, sapa Shazriq sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.

Pelajar itu sedikit tersentak. Sambil menghulurkan tangan, dia memerhatikan Shazriq dari hujung rambut sampai hujung kaki. Terpampang di wajahnya sedikit sugul dan keliru. 

“Saya Alex”, balasnya yang masih terkebil-kebil.

Mana tidaknya. Alex merupakan orang kelainan upaya. Dia menggunakan kerusi roda kerana kaki kanannya dipotong sebab kemalangan. Benda yang paling dia tertanya-tanya ialah Shazriq yang kelihatan sihat walafiat berdaftar masuk ke bilik OKU.

“Oh, sorry, betol lah bilik ni. Saya...” Shaz menunjukkan gelang  merah berkelip-kelip.

Gelang merah, terdapat lampu LED berkelip-kelip yang bertindak sebagai GPS pengesan. SSU mengedarkan gelang tersebut kepada semua mutan dan orang istimewa.

“Oh, You one of them” kata Alex.

Shazriq hanya menunjukkan muka senyum kelatnya. Tahun lepas dia di tempatkan di bilik pelajar biasa tetapi tidak berhasil. Biasanya bilik biasa memuatkan 4 orang dengan sebuah bilik air. Hampir sahaja seorang roomate nya beku menjadi kristal gara-gara bergurau dengan menyembunyikan sarung tangannya.

Kali ini Shazriq lebih berhati-hati. 2 pasang sarung tangan istimewa dibawa jikalau berlaku perkara sedemikian. Mungkin tidak berlaku kerana dia hanya mempunyai seorang room mate.

Shazriq sedang leka mengemas keluar barang-barang dari begnya ke dalam almari. Sambil menyarung cadar bantal dan katil sambil diperhatikan oleh Alex.
“Hei. Boleh saya tahu. Kenapa awak punya gelang berwarna merah? Most pelajar seperti awak memakai hijau atau biru. Apa kelebihan awak?”, Alex melontarkan soalan.

Shazriq berhenti mengemas seketika. Dia berfikir sejenak. Berfikir bagaimana menjawab soalan berikut. 

“Hrmm. Tak pastilah kenapa macam tu. Tapi satu benda yang pasti, walau apa yang jadi, jangan sesekali awak sentuh tangan saya tanpa glove yang saya pakai ni. Saya masih ada masalah mengawalnya” jelas Shazriq.

Alex seperti teruja, masih ingin mengetahui apa yang istimewanya mengenai Shazriq.
Shazriq membuat demonstrasi. Dia membuka sarung tangan kanannya. Dicapainya sebatang pensil dan memegangnya dengan barehand. Serta merta pensil itu membeku bertukar menjadi kristal.

Alex bertempik bertepuk tangan keterujaan. Hampir sahaja dia memegang pensil yang masih berada di tangan Shazriq namun Shazriq sempat memberi amaran. 

Alex tersentak dan menarik tangan dia kembali. Shazriq menjelaskan jika dia memegang apa-apa benda yang menjadi kristal dan ada benda lain yang bersentuhan dengan kristal itu juga akan turut menjadi kristal dan dia masih tidak tahu bagai mana mahu tukarkan ia menjadi bentuk asal semula.

Seriau Alex mendengarnya. Kalau dia pegang dan jadi kristal, maksudnya dia sudah mati.

Shazriq memakai semula sarung tangannya. Pensil itu diberi kepada Alex. Kristal itu sendiri tidak akan mengubah benda lain selagi tidak hand by hand dengan tangan Shazriq.

Sarung tangan istimewa direka khas untuknya oleh pihak SSU. Permukaan dalam sarung tangan yang dibentuk menggunakan tatarzoic dan blueminoic yang dijumpai di dalam batu tahi bintang 15 tahun yang lalu.

Tatarzoic batu kilauan berwarna merah yang sentiasa panas dan berlendir dicampur dengan blueminoic, sejenis lendiran biru luminous yang bersifat neutral dan fibre membentuk penghalang tapak tangan Shazriq membekukan sarung tangan itu.

Selesai mengemas barang, Shazriq membersihkan diri. Dia kemudian mengenakan baju polo biru gelap berlengan panjang, berseluar jeans biru dan berkasut ke cafe. 

Sedikit janggal makan seorang di situ. Sebelum ni dia ditempatkan di kolej lain.



*tatarzoic - seperti namanya, ia merupakan batu bersaiz kecil seperti pasir berwarna merah bersifat luminous. Dijumpai jatuh bersama dengan tahi bintang besar 15 tahun lalu. Karakternya yang berlendir sama seperti bendalir badan boleh mengalir. Bersifat panas tetapi tidak menghakis. Jika bereaksi dengan alkali menyebabkan alkali berubah menjadi solid.

*blueminoic – sejenis cecair berwarna biru bersifat luminous. Mengeluarkan warna biru  lemah tetapi mampu mengeluarkan cahaya biru cerah seperti highlighter bila bercampur dengan cecair. Bersifat neutral. Pakar saintis berpendapat ia kemungkinan sejenis parasit berikutan bintik-bintik cahaya yang berbeza dalam cecair tersebut. Tidak boleh berubah menjadi pejal.
 

No comments:

Post a Comment