Menyediakan novel online versi terbaru. Genre sci-fi, fantasi, misteri, seram, pengembaraan, mesin masa Gaya penulisan santai. Jangan marah kalau ayat mintak flying kick, sebab sy bukan budak sastera OKAY Jiwang?? mungkin tidak sebab tak pernah LULUS berjiwangan. Ketuhanan?? bukan semua tajuk. Takut kena bash salah dalil dan dianggap wahabi. haha Kebanyakan penulisan berkisar sahabat, pengembaraan. Sumber rujukan tempat, event melalui mr.google. So, if got any false information, tak perlu melenting. OKAY

Thursday, 4 December 2014

Crysalis #3 : Simptom


Masa kini

3 Januari 2031

Seorang remaja kelihatan muram berjalan perlahan ke pintu rumah banglo ungu yang tersergam indah itu. Selesai mengenakan kasut, dia berjalan mendekati buaian yang berada 3 meter dari pintu utama.

Buaian ditolak perlahan. Dia merenung langit yang redup sambil menghela nafas panjang. Dia kemudian membuka sarung tangan kanannya dan mengangkat tangan ke langit. Di amati cahaya samar-samar di celah-celah jari-jemarinya yang sedikit pucat.
Tiba-tiba bahunya di tepuk perlahan. Seorang lelaki lingkungan 40-an menegurnya dengan sopan dan penuh kasih saying.

“Shaz dah packing barang lengkap dah? Barang-barang toiletries jangan lupa bawa. Nanti sampai sana tercari-cari pula nnti. Oh ya, jangan lupa bawak sarung tangan extra kamu atas meja study dalam bilik kamu tu. Bukan senang nak order sarung tangan special untuk kamu”, kata Zain, bapanya mengingatkan anak sulungnya itu.
Shaz senyum kelat mendengar kata papa nya. Dia faham dia mempunyai masalah fizikal yang memerlukan dia menggunakan sarung tangan istimewa itu. Terkenang kali pertama kejadian itu berlaku. Kejadian yang mengubah hidupnya.


Ketika itu Shazriq baru berusia 12 tahun iaitu dalam lingkungan usia akhil baligh. Ketika kelas pendidikan jasmani, dia dan rakan kelas sedang bermain bola apabila sekumpulan pelajar mengganggu mereka. Waktu itu tiada pengawasan guru kelas. Sekumpulan pelajar, dari kelas belakang atau juga dikenali kelas nakal mengganggu aktiviti kelas. 

Shazriq merupakan ulat buku, sudah lali dengan kumpulan budak nakal itu. Namun waktu itu mereka agak keterlaluan. Seorang dari kumpulan budak nakal itu, Jimmy  berbadan besar dan di kira taiko besar merampas bola yang digunakan kelas Shaz bermain bola dan menendangnya ke muka Faizah, rakan kelas Shazriq. Bukan itu sahaja, Faizah terjelopok masuk ke dalam lumpur tepi padang sekolah.

Faizah semakin kuat menangis apabila Jimmy dan kumpulannya ketawa dan mengejeknya. Rahmat, ketua kelas Shazriq  memberanikan diri dengan menyepak lopak lumpur itu menyebabkan lumpur tertempek di muka dan badan Jimmy dan kawannya. Jimmy semakin marah bertukar ganas, dia menolak dan menendang Rahmat. Walaupun ada segelintir rakan Shazriq yang  cuba melarang, namun tiada  yang berani melawan kerana saiz badan Jimmy yang besar.

Shazriq ternampak bola berdekatannya. Dia mengambil keputusan melontar bola itu ke Jimmy. Sekurang-kurangnya, apabila Jimmy mengejarnya, Rahmat terlepas dan dia yakin Jimmy tidak mampu mengejarnya kerana factor berat badan.

Mungkin kerana terbawa-bawa, Shazriq membaling bola sekuat hati. Bola tersebut terkena tepat ke kepala Jimmy.

Tiba-tiba Jimmy meraung kesakitan. Darah mula keluar dari kepalanya dan semakin banyak. Rakan kelas Shazriq dan kumpulan budak nakal cemas.

Muka Shazriq menjadi pucat. Badannya terketar-ketar melihat darah keluar mengalir. Bola yang dibalingnya bertukar menjadi ais. Bukan ais yang sejuk, tapi lebih kepada kristal yang keras. Mungkin itu penyebab kepala Jimmy berdarah.

Shazriq meraung menangis dan ketakutan. Tangannya berasa beku. Rumput di kakinya mula membeku menjadi ketulan kristal. Makin kuat Shazriq menangis ketakutan semakin luas kawasan sekitarnya beku menjadi kristal. Rakan sekelasnya yang lain berundur menjauhi dirinya.
Tidak lama kemudian, SSU(Supernatural Special Unit) mengawal kawasan sekolah itu dan Shazriq di bawa ke ibu pejabat SSU untuk tindakan selanjutnya.

……

Shaz hanya terbaring mendiamkan diri di sebelah bapanya. Zain memandu kereta mengharungi kesesakan waktu lunch hour di ibu kota untuk menghantar anaknya ke airport KLIA.  

Zain sudah biasa dengan perlakuan anaknya itu. Tabiat mendiamkan diri dan tidak suka bercakap Shaz mudah difahami lagi-lagi bila anak itu banyak benda yang difikirkan.

“Shaz dah telefon along dah? Jangan lupa inform along kalau Shaz sampai nanti”, kata Zain cuba memulakan perbualan.

“Nanti adik call. Adik tak nak ganggu along. Diakan ada exam bulan ni. Mungkin nanti adik sampai Elizabeth nanti baru adik call along. Universiti dia pun dekat je.”

Mereka akhirnya sampai ke airport. Selepas check-in barang, Shazriq terus menuju ke balai perlepasan dan bapanya kembali ke ibu kota.



*AFHR- After Mass Hight Radiation bertindak mengawal sebarang urusan yang berkaitan dengan kejadian tahi bintang 15 tahun lalu. Bagaimanapun selepas itu ditukar ke nama SSU.
*SSU- Supernatural Special Unit bertindak menguruskan dan mengawal sesiapa yang terlibat dengan kejadian tahi bintan 15 tahun lalu. Akibat keganjilan dan mutasi yang berlaku dalam beberapa tahun sebelumnya, mereka mempunyai kuasa untuk mengambil alih sebarang kes high profil yang melibatkan mutasi. Bagaimanapun tujuan asal SSU masih tidak diketahui.

No comments:

Post a Comment