Menyediakan novel online versi terbaru. Genre sci-fi, fantasi, misteri, seram, pengembaraan, mesin masa Gaya penulisan santai. Jangan marah kalau ayat mintak flying kick, sebab sy bukan budak sastera OKAY Jiwang?? mungkin tidak sebab tak pernah LULUS berjiwangan. Ketuhanan?? bukan semua tajuk. Takut kena bash salah dalil dan dianggap wahabi. haha Kebanyakan penulisan berkisar sahabat, pengembaraan. Sumber rujukan tempat, event melalui mr.google. So, if got any false information, tak perlu melenting. OKAY

Thursday, 4 December 2014

Crysalis #1 : Prolog



15 tahun yang lalu… 
 
21 Disember 2016

Kawasan perumahan di Petaling Jaya sunyi sepi, hanya kedengaran bunyi angin sepoi-sepoi meniup daun kering yang bertaburan di sekitar perumahan teres di situ. Seorang pengemis tua membawa troli-nya singgah rumah ke rumah untuk mengutip barang yang di tinggalkan penduduk di situ. Terukir senyuman tanda gembira kerana hasil kutipan lebih dari jangkaannya. Namun demikian, beliau tidak mengikuti isu semasa terkini.


Ketika beliau sedang mengutip barang peninggalan penduduk yang ditinggalkan di dalam rumah di kawasan itu, tiba-tiba beliau terdengar bunyi dentuman yang kuat. Hampir terduduk beliau apabila bunyi itu disusuli dengan gegaran yang kuat beberapa kali. Kelihatan debu bertaburan di luar tingkap dan beliau segera ke luar rumah. Belum sempat beliau mencapai troli, beliau terpaku melihat langit merah dan menempiaskan batu berapi.

……

Hazimah sedang menidurkan Shaari yang berusia 2 tahun, anak pertamanya di tempat duduk kereta bahagian belakang sambil mengusap lembut perutnya, membantu mengeratkan jalinan kasihnya untuk anak yang bakal dilahirkannya minggu depan. Beberapa ketika kemudian, beliau pun terlelap kerana keletihan. Zain suaminya pula sudah berada di luar kereta.

Mereka terkandas dan terperangkap di lebuh raya. Keadaan trafik yang padat dengan kereta menyebabkan kereta mereka langsung tidak bergerak. Pengosongan daerah yang dibuat oleh tentera begitu singkat hingga mereka hanya mampu mengambil dokumen penting dan sedikit barang sahaja. Mereka masih lagi terkandas dalam kawasan merah iaitu kawasan bahaya.

Oleh kerana kereta tidak menyusur kehadapan, Zain mengambil sebatang rokok dan menghisapnya. Terdengar keluhan kecil keluar dari mulutnya. Isterinya pula masih bersabar dan bersahaja di dalam kereta.

Langit yang redup bertukar kemerah-merahan. Angin mula bertiup kencang. Zain melihat langit yang kemerahan itu. Dari celah-celah awan, kelihatan beberapa ketul meteor musnah terkena atmosfera bumi. Nampak begitu takjub sekali dengan kehebatan ilahi.

Tiba-tiba mata Zain berair, badannya berpeluh dan menggigil. Puntung rokok di tangannya terlepas jatuh ke tar jalan. Matanya terpaku melihat 1 tahi bintang yang besar menghentam keluar dari celah-celah awan stratiform. Tidak sampai 30 saat, tahi bintang itu lalu berada tepat di atas kepala Zain yang munkin hanya beberapa kilometer dekat. Marhaen yang berada di situ sudah mula melarikan diri kerana angin kencang dari tahi bintang itu.

Tiba-tiba cermin kereta pecah, dan alarm kereta berbunyi. Kedengaran orang menjerit merata tempat. Hazimah yang ketika itu hampir lelap terkejut. Sedikit kaca kereta terkena mukanya dan badannya. Mujur dia menutup muka Shaari menggunakan kain tudungnya ketika dia tidur. Selang beberapa saat kemudian terdengar bunyi dentuman yang kuat. Kesan dari dentuman itu, kelihatan debu berterbaran bersama dengan angin kuat.

Zain menjerit meminta Hazimah tunduk apabila ternampak gelombang angin hentaman itu dan sempat masuk ke kereta semua. Kereta mereka hampir sahaja terbalik apabila tayar belakang kereta terangkat sedikit. Mujur keadaan yang padat dengan kereta menyelamatkan mereka.

Zain keluar selepas gelombang angin tu. Habuk beterbangan bagaikan jerebu itu menghadkan pemandangan. Bagaimanapun Zain boleh mengagak beberapa ratus meter kereta belakang mereka mungkin terbalik di balun angin.
Belum tamat dengan dugaan itu, dugaan lain pula menyusul. Tiba-tiba kedengaran bunyi ketukan yang kuat seperti di baling batu. Malang tidak berbau, salah satu hujan batu itu tepat terkena tangan kiri Zain. Batu itu bukan sahaja terkena tangannya, malah tembus terus masuk atap kereta.

Zain menjerit kesakitan, Hazimah dan Shaari ketakutan. Zain cuba mengucap dan berzikir. Dengan tangan yang masih berdarah, dengan kesakitan dan kudrat seorang suami dan bapa, beliau membuka pintu kereta belakang, menyentap tangan isteri dan anaknya menyusur kedepan berlari. Zain tahu jika dia tunggu di situ mungkin hujan batu itu akan membunuh mereka. Sebelum hujan itu semakin banyak, baik dia menyelamatkan keluarganya dahulu.

Hazimah sedikit lelah berlari. Zain menadah tangannya melindung kepala anak dan isterinyanya dari terkena batu api panas. Dia berdoa supaya dilindungi.

Beberapa batu berapi terkena tangan Zain dan buku lali Hazimah. Hazimah terjatuh ke depan dan menghempap Shaari. Tidak semena-mena 1 batu tahi bintang sebesar syiling 10 sen menusuk pinggang Hazimah dan terkena leher bahu Shaari.

Hazimah menjerit kesakitan. Zain yang cemas berusaha menopang isterinya yang kesakitan dan anaknya yang cedera. Sambil berlari anak darah Hazimah bercucuran seperti paip bocor.

Hazimah meminta suaminya berhenti di tepi jalan. Mujur ada sebuah van TNB. Zain berhenti dan membuka belakang van membuat tempat berteduh sementara. Zain dengan pantas mengikat bahu Shaari untuk menghentikan  pendarahan dan menekan luka Hazimah.

Hazimah kelihatan lemah. Darah keluar bercampur dengan air ketumbahnya. Dia tahu dia mungkin tidak akan selamat. Hazimah menarik nafas panjang dan cuba meneran, tetapi tidak bermaya.

“Abang, maafkan Mah. Mah tak dapat nak ikut sama. Tolong Mah. Selamatkan bayi dalam kandungan Mah. Mah tak larat. Biarlah mati asalkan bayi abang dengan Mah selamat”, kata Hazimah sambil menangis menahan kesakitan.

Zain cuba memujuk isterinyanya tetapi tidak berhasil. Beliau juga faham keadaan isterinya sudah tenat. Beliau tiada pilihan lain. Bayi di dalam kandungan isterinya mungkin akan mati lemas sebelum isterinya sampai tempat selamat atau syahid.

Atas pujukan isterinya, Zain nekad menyelamatkan bayi dalam kandungan. Lagipun beliau faham keadaan terdesak, lagi lama mereka di situ makin tidak selamat.

Zain mengambil alatan pertukangan dalam van tersebut. Selain alat pemotong wayar, beliau tidak menjumpai barang lain. Sambil menangis beliau menggunakan pemotong wayar memotong kulit perut isterinya hidup-hidup dari lubang tusukan luka itu. Terketar tangan Zain membelah perut isterinya diselangir jeritan batin isterinya yang tidak tertahan. Shaari waktu itu sudah pun menyorok di bawah van diantara van dan kaki  Zain.

Berliter-liter darah  Hazimah mengalir keluar membasahi belakang van. Darah mengalir ke bahagian tepi van dan turun ke lantai. Shaari hanya memejamkan mata ketakutan.

Belum sempat Zain mengeluarkan anak bongsunya itu, Hazimah sudah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir. Zain menangis teresak-esak. Sambil beristighfar atas apa yang berlaku, beliau menguatkan diri demi anak dan bini tercinta. Pantas beliau cepat-cepat membelah perut bininya dan mengoyakkannya untuk mengeluarkan anaknya.

Anak lelakinya yang baru lahir, kelihatan sedikit lemah dan merengek perlahan. Zain faham mungkin jika dia lambat walau seminit anaknya pulah yang jadi arwah. Kelihatan luka segar di bahagian atas telinga anak bongsunya itu. Beliau segera mencapai kain tudung bininya untuk dibuat alas bayinya. Dengan pantas dia mencapai tangan anak sulungnya dan menggendong anaknya terus berlari berteduh bawah jambatan jalan raya bertingkat di hadapan.


No comments:

Post a Comment