Setiap kumpulan hitam, biru, merah, dan hijau akan
dibahagikan lagi mengikut kumpulan yang dianggotai 5 atau 6 orang dari setiap
kumpulan terdahulu. Terdapat 9 kumpulan kesemuanya. Dimana 9 kumpulan ini akan
berlawan secara berkumpulan 1kumpulan versus 1 kumpulan dalam gelanggang.
Shazriq termasuk
dalam kumpulan 4 iaitu Shazriq(hitam), Jenny(biru), Rafiq(biru), Zirk(merah)
dan Fendi(hijau). Shazriq bernasib baik mendapat sahabat baiknya dalam satu
kumpulan.
“Aku rasa, baik kita bahagi siapa penyerang dan siapa
perisai. Jenny elemen light boleh menjadi perisai( healer), Rafiq Summoner
boleh menjadi penyerang (pusher), Fendi telekinesis menjadi perisai(tanker),
aku windbreaker penyerang (main
attacker) dan Shazriq jadi perisai (sidekick)” Zirk memberi arahan.
“Aku ok je jadi tanker, tapi Ariq tak sesuai la jadi
sidekick. Different dengan kita, skill dia consider nuker. Semua orang tahu
kristal yang di hasilnya permanent dan tiada siapa berani berani dekat,” jawab
Fendi membantah.
“ Sebab tu lah aku letak jadi sidekick. Kalau dia jadi
penyerang, orang lain tak berani, then kita tak belajar apa-apa. Lagipun Shazriq
kan putih sebelum ni, means dia tiada pengalaman lawan versus,” jelas Zirk.
“Tapi,” Fendi cuba membidas sebelum dihentikan Shazriq.
“Its okay. Tak apa. Ni first fight kita secara group. Lagi
pun aku tak kisah jadi sidekick,” balas Shazriq.
“Then its settle,” dengan nada puas Zirk bercakap.
Oleh kerana Shazriq berlatih seorang, maka tiada siapa yang
tahu perkembangannya.
...
Pusingan pertama.
Padang permainan kawasan berlumpur.
Strategi kumpulan 3 : 2-2-1
Strategi kumpulan 8 : 3-2
Peraturan : Kumpulan pertama mengambil 10 bendera (setiap
ahli memegang 1 bendera untuk dirampas) menang.
Semua kumpulan berada dalam posisi. Fendi menggunakan skill “fog
mist” meliputi embun membatas penglihatan kumpulan lawan. Lawan menggunakan
skill “raining fog” menyebabkan hujan lebat membataskan penglihatan kedua-dua
kumpulan.
Rafiq memanggil beratus-ratus lintah mengambil kelebihan
lumpur dan hujan. Zirk menyerang penyerang lawan yang bergelumang dengan lintah
dengan skill “super kick” dan berjaya mengambil 1 bendera.
Lawan menggunakan “shadow hide” berjaya mengalahkan Rafiq
dengan mendekatinya. Zirk cuba merampas kembali bendera yang dicuri tetapi
tertipu dengan skill lawan. Seorang disabler lawan “stun” Zirk menyebabkan dia
tidak boleh bergerak.
Jenny menggunakan “purify” untuk membuat Zirk kembali
berlawan tetapi bendera sudah pun dirampas. Dia menggunakan “Sun Light” untuk
menyilaukan mata lawan dan menghilangkan shadow.
Fendi mengambil kesempatan mengawal air hujan menjadi
seperti peluru ke arah lawan, pihak lawan membalas serangan dengan “poison root”
yang sudah pun menguasai bawah lumpur. Jenny dan Fendi berjaya dikalahkan.
Kini tinggal Shazriq dan 4 orang lawan. Lawan menggunakan
poison root untuk melumpuhkan Shazriq. Shazriq membalas serangan dengan
menjadikan akar itu kristal. Seorang disable dan shadow user cuba membuat
perangkap yang sama. Shazriq menggunakan menyerang balas, dia membuka kedua-dua
sarung tangannya dan membuat “crystal bubble” untuk pertahan diri. Dia
kemudian, memegang lumpur menyebabkan ia bertukar menjadi kristal dan merebak
ke seluruh gelanggang.
Apabila semua sudah menjadi kristal, dia memecahkan bubble
dan mengutip bendera tanpa gangguan kerana semua sudah beku. Kemudia dia
menukar semua semua menjadi normal.
Kumpulan 3 menang.
Pusingan seterusnya juga dimenangi oleh kumpulan 3. Ramai tertanya-tanya bagaimana Shazriq boleh sekuat itu.
Zirk bagaimanapun kelihatan tidak berpuas hati kerana dia
ialah tunggak utama penyerang pasukan itu.
No comments:
Post a Comment