Shazriq,
Prof Bernard dan pengajar lain sedang rehat dalam bilik Jedi. Sambil makan,
mereka berbincang apa yang boleh diambil pengajaran dalam beberapa hari mereka
berlatih.
“Kamu
terlalu menahan. Cuba nak control kuasa. Kenapa ek? Kamu ada masalah dengan
kuasa kamu?” tanya Evan.
“Aku pun
fikir macam tu. Kau tak suka ke dapat kuasa macam tu? Patut kau bersyukur dapat
kuasa yang boleh dikatakan RARE,” Min Ho
menghela nafas kecil.
“Aku rasa
Shaz terlebih memaksa ada lah. Cuba nak melepaskan kuasa dalam amount yang
sikit tetapi mempunyai kuasa yang mampat” jelas Haziq.
“Memang lah.
Tiap kali dia guna kuasa, saya boleh nampak yang dia terbayang kejadian masa
sekolah. First time kuasanya menifest hampir bunuh orang” jelas selamba Hana.
“Mungkin apa
yang senior kamu itu sebut betol. Masalah sebenar kamu, kamu tidak mengenali
kuasa kamu.”
“Kamu perlu
faham kuasa asas apa kamu ada. Kristal tu kuasa utama kamu, tapi kamu mempunyai
kuasa lain iaitu empath. Melihat emosi, mengenalpasti aura dan kuasa orang lain
itu ialah ciri-ciri empath. Sewaktu kamu menggunakan kuasa kristal, emosi kamu
tidak stabil. Bila kamu berada di sekeliling orang, perasaan semakin tidak
stabil. Macam saya pernah katakan sebelum ini, kuasa bergantung kepada emosi.
Emosi tidak stabil mengganggu pengawalan kuasa.” Jelas prof.
“Kamu nampak
pergerakan aura sekeliling kamu. Kamu sepatutnya mampu melihat apabila aura
iaitu emosi bersambung dengan aura kamu. Oleh itu, saya dah arahkan pihak guild
menyediakan cermin besar agar kamu dapat melihat sendiri depan mata kamu.”
“cuba kamu
pegang ayam panggang ni, kali ni cuba fikir ayam panggang ini sedap dan kamu
ingin makannya,” sambil menunjukkan ayam panggang yang tersedia di hadapan.
Shazriq
merenung seketika ayam di hadapannya. Sambil cuba mindsetkan minda nya . Dia
membuka glove dan perlahan-lahan cuba menyentuh ayam panggang itu.
Shazriq
tiba-tiba rasa ragu. Pelbagai aura di kelilingnya menusuk hatinya untuk ragu.
“Kamu yang
lain boleh tak yakin, mind setkan sekali yang ayam tu sedap dan tidak berfikir
Shazriq tidak mampu buat. Bila kamu berfikir demikian dia mula ragu” tegur
prof.
Pengajar
yang lain cuba mengalihkan perhatian. Shazriq mula
fokus. Dia menyentuh ayam itu.
1 saat dia
menyentuh, ayam tidak membeku. Dia menyentuh lagi 2saat. Masih tiada perubahan.
Prof dan senior mula teruja kerana dia berjaya menyentuh ayam itu tanpa
mengkristalkannya.
“Tengok!! Yeah!
Berjaya!” Jerit Shazriq bangga.
Tiba-tiba
ayam yang dipegangnya membeku. Kali ni dengan kadar yang pantas dari kuasa
sebelumnya. Biasanya ia mengambil 2~3 saat untuk satu benda sebesar itu
membeku. Tetapi kali ini dalam sesaat sahaja.
“ Demn.
Almost.” Kata Shazriq.
“Tak apa.
Langkah permulaan. Lepas ni hope menjadi” kata prof memberi semangat.
“Tak apa? Ayam
dah jd kristal. Sekarang ni macam mana nak makan?” kata Evan dengan nada
stress.
Mereka semua
ketawa.
....
Shaari baru
sahaja sampai ke Guild Warriors membawa cube A-rank. Dia terus menaiki tangga
menuju ke Zues koridor. Dia membuka perlahan-lahan pintu besar tertulis ‘Jedi’.
Kelihatan 6
orang sedang duduk dalam bulatan sambil ketawa kuat. Makanan yang di jamu
mereka baru separuh habis. Shaari mendekati mereka secara diam.
....
“Gelak sakan
nampak? Kutuk aku lah tu”
Tetiba suara
dari belakang kedengaran. Mereka berhenti ketawa. Masing-masing menoleh ke arah
pintu. kelihatan seorang yang mereka kenal sedang berdiri.
“Ah! Ery.
Bila balik? Asal tak bagi tahu aku?” kata Evan lantas bangun memeluk kawan
baiknya itu.
“Nak bagi
tahu macam mana. Kau ingat familiar aku tu ada anthena ke boleh pick up
satelit? Apa cerita guild? Ada orang nk rampas tanah?” tanya Shaari.
“Along! Guild?”
Shazriq bangun, sedikit menjerit tersentak.
“Kau kenal
budak ni?” tanya Evan.
“Mana tak
kenal pulak. Tu la adik aku. Si kecik” jawab Shaari.
“What?” Evan
terkejut.
Ternyata
yang lain juga terkejut. Prof Bernard nampak bersahaja.
“Laa.
Patut nama hampir sama! Shazriq Akhif
Ariq Mohd Zain Zainal dan Shaari Akid Aktar Mohd Zain Zainal. Aduh. Kenapa aku
tak perasaan sebelum ni!” kata Evan.
“Memanglah
kau tak tahu. Kau pun mana ada tanya nama adik aku.” Shaari membalas sambil
tergelak.
“Demn. Thats mean adik kau ni kira neutral la. Tiada
guild. Means boleh la aku kenalkan diri aku”
“Aku
Evan DeThorg. A-rank. Master guild ni.
Abang kau ni Vice president. Hana Mitadel, penasihat, Haziq Ashraf dan Jun Min Ho perisai guild,
orang kanan dan kiri guild.” Jelas evan kepada Shazriq.
“Saya pula
Prof Bernard. Lecture dan pelatih kamu,” prof Bernard menyampuk.
Evan dan yang lain sudah pecah perut ketawa.
Shazriq
hanya mengangguk. Dia tidak pernah menanyakan hal berkaitan guild abangnya.
“Evan, since
kau pun dah kenal. Boleh tak dia masuk guild kita?” tanya Shaari.
“Boleh saje.
Lagipun dia dah ada kemajuan kawal kuasa dia, boleh ambil ujian D-rank. Kalau dia masuk guild kita, means
kita ada 2 orang S-rank, Haziq dan adik kau,” jelas Evan.
“S-rank? Belum
lagi tu. Tapi bakal” sampuk Shaari memuji adiknya.
“Sekarang ni kalau dia boleh kawal kuasanya dia dikira B-rank dah. Dah la mempunyai elemen kristal yang RARE, skang baru tahu dia mempunyai
kuasa empath. Banyak skill yang boleh dia hasilkan kelak” Jelas prof.
“Empath. Wow!
Definitely kita perlu daftar bawah guild kita. Lepas ni Hana tak dapat cari
makan lah. Hahahaha” perli Shaari.
Mereka semua
ketawa terbahak-bahak.
Shazriq
hanya mendiamkan diri. Dia faham bukannya senang nk kawal kuasa. Hampir 5 tahun
dia berusaha tiada hasil, inikan pula perlu ada improvement dalam masa 1
minggu.
No comments:
Post a Comment