Menyediakan novel online versi terbaru. Genre sci-fi, fantasi, misteri, seram, pengembaraan, mesin masa Gaya penulisan santai. Jangan marah kalau ayat mintak flying kick, sebab sy bukan budak sastera OKAY Jiwang?? mungkin tidak sebab tak pernah LULUS berjiwangan. Ketuhanan?? bukan semua tajuk. Takut kena bash salah dalil dan dianggap wahabi. haha Kebanyakan penulisan berkisar sahabat, pengembaraan. Sumber rujukan tempat, event melalui mr.google. So, if got any false information, tak perlu melenting. OKAY

Sunday, 7 December 2014

Crysalis #8 : Empath



“Selamat datang ke Pusat Latihan Warriors. Kami telah dimaklumkan dan bersetuju untuk bekerjasama dengan SSU. Oleh yang demikian, kami berharap anda semua tidak membawa sentimen guild anda di sini. Untuk masa beberapa hari ini,  kamu semua akan di agihkan mengikut kumpulan. Sesiapa yang namanya dipanggil harap dapat berbaris mengikut yang telah ditetapkan” jelas trainer dari guild warriors, Evan berucap.
 
Terdapat 46 orang pelajar baru yang diagihkan. Semua pelajar diagihkan mengikut element dan skill masing-masing.

Hampir semua nama pelajar sudah dibahagikan dan beratur mengikut  kumpulan untuk pergi ke kawasan latihan masing-masing, kecuali Shazriq. Apabila mereka sudah bergerak barulah nama Shazriq di sebut.

“Shazriq Akhif Ariq Mohd Zain Zainal, kamu ikut saya ke tempat latihan” arah Evan.
Shazriq hanya mengangguk dan mengekori Evan dari belakang.

Mereka sampai ke satu kawasan koridor yang mempunyai pintu-pintu sebesar 10 meter panjang. Shazriq kagum bercampur gusar melihat keunikan tempat itu dan gusar memikirkan dia akan berlatih seorang.

Pintu bertag “Jedi” dibuka.

Terdapat 5 orang sahaja di dalam bilik itu, memakai tag nama. Salah seorang dalam bilik itu sememangnya dia kenali, Professor Bernard.

“Shazriq, selamat datang ke bilik Jedi.” Katanya sambil tersenyum.
Shazriq hanya tersenyum.

“Disini saya akan membantu kamu untuk mengawal dan menggunakan kuasa kamu. Means kamu tak perlu rasa rendah diri dah selepas ini” jelas Prof Bernard.
“Bagaimana Prof tahu saya...” Tanya Shazriq keliru.

Umpama Prof Bernard tahu apa yang difikirkannya selama ini.

“Mungkin kamu tak tahu atau tak perasaan. Saya juga seperti kamu. Saya empath, boleh membaca isi hati kamu dan dapat mendengar apa kamu fikirkan.” Sambil menunjukkan tag gelang warna hitamnya.

“Warna hitam? Thats it. Patut lah tiap kali tengok dia nampk something unusual. Something yang sebelum ni aku tak pernah tengok.” Bisik hati Shazriq.

“Oh.. begitu. Thats new. Budak ni boleh nampak? Tak mungkin 2.” Prof Bernard berfikir seketika.

“Shazriq. First lesson. Just for confirmation. Apa pendapat kamu melihat 4 orang tersebut.” Sambil menunjukkan jari ke arah Evan dan rakannya.

“Evan, nampak banyak berfikir. Min Ho nampak yakin..”

Belum sempat Shazriq menghabiskan jawapannya Prof Bernard menyampuk.

“No no. I mean, apa yang kamu nampak, sesuatu yang lain dalam diri 4 orang itu?” 

“Maksud prof yang lain? Saya tak faham” berkerut dahi Shazriq keliru.

“Maksud saya, benda yang kamu nampak, yang tidak kamu nampak dalam diri orang biasa” jelas Prof Bernard.

“Yang macam aura tu ke?”

“Yah, yeah seperti aura”

“Evan ada aura merah, macam warna api. Min Ho aura biru berbentuk tajam. Hana ada aura putih kebiruan keluar dari kepala menjalar. Haziq  mengeluarkan warna pudar hitam sekeliling badan.”

“Saya” Tanya Prof Bernard.

“Prof keluar warna biru dari kepala. Eh, sekarang warna tu bertukar warna merah. Menjalar kerarah... saya?” jawab Shazriq sedikit pelik.

“Wow. Bagus. Dah berapa lama kamu boleh melihat aura?” tanya Prof Bernard kagum.

“Tak pasti, rasanya dari dulu lagi saya dah boleh tengok. Ingat itu emosi. Sebab manusia biasa pon ada. So saya tak buat bising” jelas Shazriq.

“No no no.. Apa yang kamu nampak itu bukan emosi semata-mata. Untuk menggunakan kuasa, perkara yang perlu di ambil kira ialah emosi. Makin kuat emosi, makin kuat kuasa dihasilkan.”

“Kenapa saya kata demikian? Dari perspektif kamu, Evan mempunyai kuasa elemen api, bila kamu pandang dia, hanya kelihatan aura merah yang melambangkan api di sekelilingnya sehingga dia memfokuskan kuasanya di satu kawasan. Maka kamu akan nampak Hana, dia mempunyai kuasa telekinesis yang menggunakan sel-sel otak. Kuasa kurang kelihatan seperti Haziq, elemen dark yang mana dia mampu menyembunyikan kuasanya dengan baik. Min HO, tahap ke-2 evolusi kuasa, mempunyai kuasa air dan angin yang menghasilkan ais, itu yang kamu nampak.

“Bermaksud Prof sama seperti  Hana. Tapi berubah warna?” tanya Shazriq.

“Empath, mempunyai beberapa evolusi. Pertama warna biru, dimana ia merupakan warna emosi kamu yang dicopy oleh empath dan menghantar ia ke otak saya. Bila ia bertukar merah, bermaksud saya menggunakan kuasa lain iaitu mind kontrol, cuba mencari cara mengawal otak kamu” jelas prof Bernard.

“Jangan risau ia cuma testing. Sekarang saya baru tahu masalah kamu. Okay, sekarang, cuba kamu guna kuasa kamu. Tak perlu paksa, cuma guna. Jangan risau kalau tak boleh kawal.” Pinta Prof Bernard.

“Tapi..”

“Jangan risau. Dalam bilik ini hanya kamu sahaja pelajar, dan kami 5 orang pengajar. Thats why kamu di tempatkan disini, di bilik Jedi. Jedi di ambil dari perkataan “jedinecny” bermaksud singular, unik. Hanya 1 pelajar dalam 1 masa. Sekarang cuba.”

Shazriq membuka kedua-dua sarung tangan nya. Dia diarahkan untuk mengkristalkan  golem shadow yang dibuat oleh Haziq. Dia menutup mata dan cuba memfokuskan diri.
Kawasan sekitar kaki Shazriq mula membeku. Kawasan membeku semakin membesar. Dari beku mula membentuk kristal keras. Pengajar terpaksa berundur sedikit jauh dari Shazriq kerana kawasan kristal makin membesar.

Min Ho dan Evan cuba mencarikan Kristal di sekeliling  Shazriq. Menggunakan api dan air. Bagaimanapun , kristal yang cair kembali ke bentuk asal. Hana dan Prof mengawal proses aktiviti otak Shazriq.


*empath – boleh membaca dan memahami isi hati dan emosi

No comments:

Post a Comment