Menyediakan novel online versi terbaru. Genre sci-fi, fantasi, misteri, seram, pengembaraan, mesin masa Gaya penulisan santai. Jangan marah kalau ayat mintak flying kick, sebab sy bukan budak sastera OKAY Jiwang?? mungkin tidak sebab tak pernah LULUS berjiwangan. Ketuhanan?? bukan semua tajuk. Takut kena bash salah dalil dan dianggap wahabi. haha Kebanyakan penulisan berkisar sahabat, pengembaraan. Sumber rujukan tempat, event melalui mr.google. So, if got any false information, tak perlu melenting. OKAY

Sunday, 7 December 2014

Crysalis #6 : Ranking Battle



Warrior Guild, Elizabeth.
 
Jantung Shaari sedikit berdebar. Dia agak gementar. Beberapa kali dia melihat monitor di hadapannya. Ujian kali ini adalah penting baginya.

Dari kelmarin lagi Shaari bersiap sedia untuk ujian hari ini. Perlengkapan dan sut yang diubah khas untuk itu juga sudah pun lengkap. Hanya menunggu gilirannya untuk di uji sama ada dia layak atau pun tidak.

“Shaari, lepas ni giliran kamu. Sebaik loceng dibunyikan, sila masuk”, arah fasi memberi peringatan.

Loceng dibunyi kan menandakan tibanya gilirannya. Selepas menarik beberapa hela nafas, dia pun masuk ke dalam.

Gelanggang ujian agak sunyi. Kelihatan 3 orang pengadil sudah pun berdiri dihadapannya. Ujian akan pangkat A-Rank itu akan bermula sebentar lagi.

Gelanggang untuk menentukan pangkat mutan dalam SSU kategori Summoner. Terdapat beberapa pangkat atau rank dalam menentukan tugasan dalam SSU bahagian special force. Pangkat terbahagi dari bawah iaitu D-rank, C-rank, B-rank dan A-rank. Dan satu pangkat istimewa iaitu S-rank.

Setiap rank mutan akan diasingkan mengikut kuasa iaitu elemen, summoner, defender dan offensive. S-rank pula untuk kuasa istimewa atau rare yang tidak terdapat list rank.
Tujuan  Ranking ini bertujuan untuk membentuk pasukan utama guild kelak yang merangkumi range, melee, sidekick dan frontline. Hanya yang layak sahaja boleh menyertai Ranking.

Pengadil memulakan langkah. Di mana tiap satu mempunyai elemen dan kelebihan berbeza. Pengadil 1 mengeluarkan fire golem dan fire hawk. Pengadil 2 mengeluarkan  centaur dan fairy dan pengadil 3 mengeluarkan berserker dan poison tree. Masing-masing dalam posisi.

Shaari memanggil steel dragon, water dragon dan thunder dragon. Steel dragon posisi menyerang, water dragon dalam posisi bertahan dan thunder dragon dalam posisi back up.

Pengadil memulakan serangan, fire hawk dan berserker menyerang serentak Shaari. Asakan fire hawk dpt dikalahkan dengan water dragon dengan kelebihan elemen dan berserker pengsan di thunder oleh thunder dragon. Fire hawk dan berserker di singkirkan.

Kini giliran Shaari. Dia menyerang menggunakan water dragon dan steel dragon. Fire golem membakar steel dragon dan hampir menumpaskannya tetapi water dragon menggunakan skillnya untuk healing steel dragon. Water dragon menyerang fire golem tetapi dipatahkan oleh poison tree. Kini yang tinggal steel dragon dan thunder dragon, manakala pengadil mempunyai fire golem, centaur, fairy dan poison tree.

Pengadil cuba menyerang balas.Fire golem berubah menjadi satu bongkah bulat batu berapi. Centaur menendang fire golem ke arah dragon. Kuasa gandingan summoner memberi impak yang membinasakan. 

Shaari tiada pilihan lain selain menggunakan teknik yang dia cipta. Steel dragon menggunakan skill iron clad digabungkan dengan teknik thunder dragon iaitu thunder wrath membentuk hujan besi dimana akhirnya besi-besi itu menjadi konduktor kepada arus elektrik dan magnify arus menjadi voltan tinggi. Poison tree dan fairy mampu menahan serangan steel atau thunder tetapi akhirnya kalah kerana gabungan steel thunder menghasilkan elemen fire, particle wave.

Shaari keluar dari gelanggang sambil menarik nafas lega. Akhirnya usahanya berhasil. Dia mampu menghasilkan serangan yang cukup kuat. Sebagai seorang summoner, mempunyai familiar pelbagai elemen dan mampu mengambil kelebihan element itu penting untuk  mengalahkan lawan.

“Congrate. Kamu patut bersyukur kerana mempunyai kelebihan yang dikira RARE kerana mempunyai kuasa familiar race naga”, ucap fasi sambil menepuk bahu Shaari.
Iya, Shaari mempunyai kelebihan untuk memanggil apa-apa familiar berbaka naga.
Berbeza dengan semua summoner iaitu true summoner, familiar yang dicipta dan dikawal sepenuhnya summoner seperti golem api. Dan terdapat summoner dipanggil sebagai contractor, tidak mampu mencipta familiar tetapi mempunyai access, key atau contract dengan makhluk lain seperti naga, dinosaur,fairy dan sebagainya.

Shaari mencapai telefon pintar di locker dan mendail speed dail 1*, tertera nama kecik.


*Ranking – digunakan SSU untuk mengasingkan mutan mengikut pangkat. Makin tinggi rank semakin banyak option misi boleh di ambil. Ujian dilakukan di pejabat utama SSU. Deskripsi pangkat
            D-rank – pangkat paling bawah. Untuk mutan yang baru menyertai SSU.
            C-rank – pangkat sederhana. Mutan D-rank yang melepasi ujian Ranking C-rank.
            B-rank – pangkat atas. Mesti melepasi ujian Ranking B-rank.
            A-rank – pangkat paling atas. Rank ini boleh menubuhkan group sendiri (Guild). Ahli terdiri dari A-rank, B-rank, C-rank, dan D-rank yang berperanan membantu ahli naik pangkat melalu misi.
            S-rank – pangkat istimewa. Di kelola sendiri oleh SSU. S-rank mutan mempunyai access universal dalam pentadbiran SSU, termasuk guild. Bebas untuk memilih guild atau bertindak bawah SSU terutama melawan Dr Frankein (organisasi mutan tidak di iktiraf).

*Guild – Kumpulan rasmi mutan yang bertindak untuk menerima guild misi (misi merangkumi permintaan penduduk sekitar atau bandar). Sebuah guild mempunyai 10 orang minimum. Berbeza dengan SSU sebuah organisasi induk. Guild berperanan sebagai polis atau baron sesebuah tempat, mengawal atau menjaga keamanan sesuatu tempat. Guild mendapat hak mengutip separuh dari goverment tax dari kawasan jajahan selain kelebihan mendapat upah dari misi. Dikatakan hanya sistem guild mampu mengawal mutan di seluruh dunia.

*misi – dibahagikan mengikut rank sama seperti rank SSU. Ahli guild boleh memilih dari misi rank dan melakukan misi secara berkumpulan atau berseorangan.  Ahli A-rank boleh melakukan mana-mana misi. Misi yang selesai mendapat upah berupa barang keperluan, kontrak (keperluan seperti makanan, kewangan, tempat, juga familiar) dari bounty misi dan bonus merit (keperluan untuk guild; kewangan, pembangunan, pertahanan tempat jajahan) dari pihak SSU.

*SSU kategori (struktur ujian ranking) – Terbahagi kepada  beberapa bahagian bergantung kepada kuasa mutan.
            Summoner – mutan yang mempunyai familiar atau contractor.
            Windrunner – mutan yang mempunyai penyamaran, kelajuan, kepantasan, invisible, ilusi dan seumpamanya. Lebih kepada assasin, ninja, teleporter.
            Elementalist – mutan dari  elemen. Bertindak sebagai penyerang, pertahanan, atau perisai. Mempunyai 1 element utama atau advance element user.
            Crafter – mutan kelebihan membuat alatan perang/elemen, gajet
            Healer – mutan kelebihan menyembuh.
            Nuker – mutan yang mempunyai kuasa destroyer atau memusnah.
            MindStopper – mutan mempunyai kuasa minda seperti telekinesis, impath, mindreader, mindcontroller.

*fire golem – golem yang diperbuat dari larva dan api. Dicipta hasil imaginasi mutan. Skill utama “boulder dash” bola batu berapi

*fire hawk – helang elemen api. Dicipta mengikut imaginasi mutan. Skill utama  “Fire claw” dan “fire ball”

*centaur – makhluk mistik berkepala manusia dan berbadan kuda. Mutan mengikat kontrak untuk memanggilnya. Elemen earth.

*Fairy – makhluk mistik manusia kecil bersayap. terdapat pelbagai jenis fairy. Kebanyakan fairy mempunyai skill “Healing”.

*Berserker – makhluk berbentuk manusia bertopeng tengkorak. Dicipta hasil imaginasi mutan. Elemen dark dan earth. Skill “Dark claw” dan “Fury swipe”.

*Poison tree – pokok bonzai dicipta dari imaginasi mutan. Mempunyai bunga beracun dan daun menyembuh. Skill “poison whip” dan “healing”.


*Steel dragon – naga berbadan besi titanium, berekor panjang dan bersayap bernama ‘Ferric”. Dijadikan familiar bila membuat perjanjian dengan Shaari. Berasal dari DragonVille yang terletak di tengah lautan Atlantic. Merupakan anak ke-3 dari 11 adik beradik dragon. Naga pertama yang membuat kontrak dengan Shaari. Skill utama “ Steel claw”, “iron clad” dan “meteorite strike”

*water dragon – naga air bernama “leviathan”. Naga ke-2 membuat perjanjian dengan Shaari selepas dia diselamatkan dari Dragon Hunter. Adik beradik Steel Dragon . Tidak mampu terbang tetapi perenang yang paling pantas. Skill utama “healing” dan “ice shard”.

*thunder dragon – naga elemen elektrik  bernama “Drakul”. Sinonim dengan namanya, berbentuk seperti ular panjang dan berbisa. Berbeza dengan adik-beradik dragon, Drakul hidup dengan mengambil kesempatan  dari makhluk lain. Mempunyai agenda mendekati Shaari. Skill utama “Thunder wrath”. Dikatakan mampu menggunakan skill “Thunder Ultima”, elemen skill terunggul suku dragon.
 

No comments:

Post a Comment