Minggu pertama pengajian. Shazriq sudah pun bersedia di dalam dewan kuliah untuk menghadiri kelas ke-3 nya hari ini. Seorang-seorang pelajar menyusur masuk mencari tempat duduk di tempat duduk bertingkat sambil menunggu professor genecologi. Semua mempunyai gelang tag sepertinya. Mungkin ini kelas yang di sebut "one of them" yang dikatakan roommatenya tempoh hari?
Selepas beberapa minit seorang lelaki Sweden berjambang nipis berkaca mata masuk dan memperkenalkan diri di hadapan kelas.
“Hai semua.
Nama saya Prof Leon Bernard. You can call me Prof only. Saya akan mengendalikan
kelas genecologi kamu untuk semester ini. Harap semua participate sepenuhnya”
“Untuk first
lesson. Saya nak tanya kamu semua. Apa itu mutasi gene?” tanya Prof sambil
menunjukkan jari ke arah pelajar.
Ramai mendiamkan diri. Mereka lebih biasa mendengar sendiri penjelasan prof dari menceritakan diri sendiri.
“Sebelum
kejadian 15 tahun lalu, dunia digemparkan dengan kes klasifikasi tinggi seperti
melihat bigfoot, slender man dan wendigo. Movie seperti spiderman, cicakman,
ninja turtle sering kali kita dengar. Adakah mereka betul-betul wujud? Atau rekaan
semata-mata?”
Semua
pelajar senyap, tekun mendengar prof berucap.
“Bagaimana
pula dengan kisah mitos greek seperti Zues, Medusa, Plato? Atau mitos dari Asia
seperti duyung dan naga atau mitos barat seperti vampire, werewolf, centaur? Dan
sebilangan haiwan pelik seperti pegasus, pheonix, cerberus, griffin dan sphinx?
Dari manakah asal cerita mitos sebegini?”
Suasana
dewan sunyi, tiada seorang pun pelajar berganjak. Mereka bagai terpanah untuk
mendengar lebih lanjut.
“Jawapannya
mungkin satu. Mutasi. Mutasi bermaksud perubahan pada manusia atau benda hidup.
Dari segi gen mutasi ialah perubahan permanent dalam genetic. Mutasi boleh dianggap
sebagai kanser penyakit, perubahan imun badan atau evolusi. Bagaimana mutasi
boleh berlaku?”
“Pada ketika
dulu, kita ambil contoh peradaban mesir purba. Kamu melihat patung sphinx di
kebanyakan pembinaan piramid. Malah kebanyakan patung itu semua sama. Bermaksud
manusia zaman itu melihat sendiri sphinx tetapi tiada bukti mengatakan
demikian. Walaubagaimana pun, pakar arkeologi menjumpai skrip dinding membentuk
seperti makluk asing, malah sistem solar. Kemungkinan besar berlaku pendaratan
UFO suatu ketika dulu dan tersebar radioaktif meluas dan mengubah gen benda
hidup.”
“Bukti
paling nyata mutasi ialah selepas pengeboman nuclear chernobyl yang meragut
jutaan nyawa dilihat begitu banyak kes kanser. Apa yang kita tidak tahu mutasi
pengimunan dan evolusi yang mungkin sekali dirahsiakan oleh kerajaan.”
“Sehingga la
15 tahun lalu apabila ribuan tahi bintang gugur di muka bumi. 3 tempat terjejas
iaitu Malaysia, Texas US, dan Australia yang menjadi tumpuan 3 ketulan pecahan
batu meteor yang besar”
“Selepas beberapa
tahun, muncul mereka yang mempunyai kelainan. Sejenis evolusi manusia yang mengagumkan
tetapi digeruni bagi mereka yang takutkan benda yang mereka sendiri tidak
fahami. Muncul villain Doktor Frakein yang mengkaji dan menukarkan manusia
menjadi mayat hidup. Maka wujudlah super hero yang mempunyai pelbagai kuasa yang
menawarkan diri untuk melawan villain yang berkelainan ini. Maka wujudlah
perkataan mutan, kategori untuk mereka yang mempunyai kelebihan yang luar biasa
ini”
“Atas
initiatif polis dunia, maka diwujudkan SSU dari kalangan AFHR kerana mereka
lebih arif mengenai perubahan evolusi demikian. Seorang saintis muda Thomas
Kirkwick mencadangkan setiap mutan diwartakan dan diasingkan. Pelbagai reaksi
diterima oleh pemimpin dan rakyat. Akhirnya Francis Mitadel mencadangkan agar
setiap mutan di tag dengan code tertentu agar pihak SSU dapat mengawasi setiap
tindak tanduk mereka bukan dengan memenjarakan mereka kerana mereka masih lagi
manusia dan mempunyai hak.”
“Kamu akan
dapat mengenal pasti mutan dengan tag berwarna pada lengan mereka. Mutan tidak perlu risau.
Terdapat akta dunia iaitu Akta FITADEL untuk memastikan mutan tidak diganggu
melainkan mereka mengganggu orang awam dahulu.”
“Untuk
mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan warna pada gelang tag itu, kita akan
bincang mengenainya minggu depan.”
Masa kelas
Genecologi Prof Bernard sudah tamat. Pelajar keluar untuk masuk ke kelas
seterusnya.
Shazriq
sedikit tersentap. Baginya menjadi salah seorang dari kumpulan minoriti itu
sungguh menjelikkan. Dia benci kelebihan yang dia sendiri tidak dapat kawal. Dia
benci diri sendri. Bukan semua orang boleh menerima dirinya bila mengetahui
perkara sebenar.
Setelah 3
tahun pengalaman sebagai mutan, dia terbiasa mengenakan baju lengan panjang. Bukan
sahaja dapat menyembunyikan gelang tag itu, malah senang untuk reasoning kenapa
dia selalu memakai sarung tangan getah. Walaupun ramai tidak mempersoalkan,
mereka yang tidak tahu beranggapan Shazriq mempunyai masalah kesihatan kerana
sentiasa kelihatan pucat dan memakai sarung tangan mungkin untuk memastikan dia
tidak kesejukan.
*Genecologi-
pengajian dalam bidang gen organism terutama variasi gen, posisi dalam persekitaran,
dan pendayasaingan pengawalan dan faktor sistem ekologi. Salah satu cabang nya
ialah mengenalpasti kelebihan mutan gen dan elemen utama setiap mutan.
*Thomas
Kirkwick – Congress Amerika yang tidak menyukai evolusi perbezaan
manusia /mutan. Ramai rakyat menganggap beliau sebagai bapa pembebasan manusia dari
pencemaran mutan.
*Francis
Mitadel – Ketua Parti Reformasi Amerika. Memperjuangkan kesamarataan mutan dan
manusia. Beliau mempunyai seorang anak autism yang kini koma disebabkan
peristiwa meteor 15 tahun lalu.
No comments:
Post a Comment