Menyediakan novel online versi terbaru. Genre sci-fi, fantasi, misteri, seram, pengembaraan, mesin masa Gaya penulisan santai. Jangan marah kalau ayat mintak flying kick, sebab sy bukan budak sastera OKAY Jiwang?? mungkin tidak sebab tak pernah LULUS berjiwangan. Ketuhanan?? bukan semua tajuk. Takut kena bash salah dalil dan dianggap wahabi. haha Kebanyakan penulisan berkisar sahabat, pengembaraan. Sumber rujukan tempat, event melalui mr.google. So, if got any false information, tak perlu melenting. OKAY

Sunday, 7 December 2014

Crysalis # 13 : Guild Kafe


Shazriq sedang berlatih membina dengan golem kristal mini. Di samping mengguna pakai kuasa yang dia tertiru sebelumnya.
 
Shazriq sudahpun memaklumkan  kumpulannya, trainer dan prof Bernard bahawa dia tidak akan mengikuti sebarang perlawanan versus buat sementara waktu.

Prof juga berfikiran sedemikian. Dua kuasa asas Shazriq sudah membebankan, sekarang Shazriq terpaksa berlatih mengawal dua kuasa yang di’copy’ nya iaitu kuasa psikik Hana dan terbaru kuasa nuklear. Mempunyai kuasa elemen berbeza, jika tidak digunakan atau dipraktiskan dengan betul, boleh membuatkan kuasa itu ‘overcharge’ .

Mungkin itu juga sebabnya semua mutan hanya mempunyai satu elemen utama sahaja.
Shazriq menghasilkan pelbagai jenis golem kristal. Ada antara golem mini yang dibuatnya mempunyai resistant yang tinggi hingga membuatkan kuasa Shazriq tidak berkesan terhadap golem itu. Ada pun golem mini di hasilkan dari campuran kuasa kristal dan nuklear, hasil golem yang dihasilkan mengecewakan. Banyak kali golem mini versi nuklear meletup secara tidak sengaja.

Dia menggunakan idea untuk mencipta golem yang mampu menghasilkan bebola nuklear seperti lawannya, namun tidak berhasil.

“Macam mana nak hasilkan ni. Banyak kali dah aku buat asyik fail je. Kristal biasa tidak mampu mengawal partikel yang bergetar tinggi seperti tindakan nuklear. Mustahil menghasilkan gabungan kuasa nuklear dan kristal,” getus hati Shazriq.
Dia berhenti berlatih seketika. Kemudian dia bangun dan menuju ke  pintu. Dia berjalan sepanjang koridor sambil memikirkan cara lain. Dia kebuntuan idea cara untuk menggabungkan kuasa.

Sedang leka dia berjalan, secara tidak sengaja dia telah pun melepasi kawasan yang dibenarkan oleh guild untuk pelajar. Shazriq masih lagi neutral atau tidak memasuki mana-mana guild.

Sewaktu dia berhenti berjalan, dia sudahpun dalam kawasan kafe. Terdapat ramai orang di kafe tersebut. Terdapat beberapa orang pelayan sedang melayan kerenah orang-orang itu, papan tanda bertulis ‘Notis’  kelihatan terpampang besar di tepi kafe di mana beberapa orang berdiri disitu. 

Tiada seorang pun sedar kehadiran Shazriq di situ. Tiba-tiba dia ditegur dari belakang.
“Hai, kamu orang baru kah? Kamu nak order minum? Makan?” terdengar pelayan menegurnya.

“Err. Minum, apa-apa sahaja” kata Shazriq.

Pelayan itu terus menarik tangan Shazriq ke tempat duduk bar di bahagian minuman. Pelayan itu langsung menyediakan air jus untuk Shazriq.

“Ehhh. Tak pernah tengok kamu sebelum ni. Orang baru ke?” tanya pelayan itu.

“Tak lah. Belum lagi. Evan belum siapkan lagi borang keahlian,” jelas Shazriq tersipu-sipu ditanya pelayan itu.

“Shh! Jangan sebut nama boss dalam kafe ni. Ahli guild di sini sangat menghormati boss. Biasakan panggil nama boss. Saya Mira,” pelayan bernama Mira itu menghulurkan tangan untu bersalaman tanda perkenalan.

“Maaf, saya Ariq,” Shazriq menyapa tangan Mira.

Tiba-tiba kedengaran bunyi dentuman kuat. Dua-atau tiga orang dari pelanggan di kafe itu bergaduh sambil menggunakan kuasa mutan masing-masing.

“Jangan hiraukan. Memang tiap hari dorang bergaduh. Bukan dorang sahaja, kadang-kadang satu guild ni bergaduh di kafe ni.” Jelas Mira bersahaja bagai sudah lali dengan perangai ahli guild itu.

“Kau ingat kau boleh kalahkan aku. Ambil ni!” jerit salah seorang.

Dia menghasilkan satu  bebola lutsinar yang besar, dimana dalamnya masih kelihatan seperti partikel bergetar. ‘Wave Destroyer’ nama yang dipanggilnya untuk serangan itu. Dia membalingnya ke arah lawannya dihadapan.

Lawannya mengelak, dia tahu efek serangan itu bersifat letupan getaran partikel. Lalu bebola itu terus menuju ke bar minuman tempat Shazriq duduk.

“Jaga-jaga!” Jerit Mira yang tersedar bebola itu menuju kearah belakang Shazriq.
Mira memegang bahu Shazriq tetapi sudah terlambat. Bebola wave itu sudah beberapa kaki di belakang Shazriq.

Shazriq terkejut dan menggunakan kuasa nya secara tidak sengaja. Dia menghasilkan kristal bubble menutupi bebola wave itu. Menyebabkan bebola wave itu meletup di dalam bubble kristal.

Bubble itu tiba-tiba menjadi besar impak letupan di dalamnya. Shazriq secara tidak sengaja menghasilkan bebola nuklear fission di tapak tangannya menyebabkan bubble yang membesar hampir meletup itu disedut ke dalam bebola nuklear. Tarikan dari bebola fission dan hentakan dari bubble menolak kuat Shazriq ke meja bar tempat dia letak minuman sehingga patah.

Mujur refleksi minda separuh sedarnya pantas menghasilkan lapisan kristal nipis octagon di seluruh badannya melindungi dari impak depan dan belakang.

Semua orang di situ terkejut, mereka ingatkan Shazriq sudah pun arwah. Namun fikiran mereka meleset apabila Shazriq bangun dengan lapisan kristal masih di badannya selain muka. Lapisan kristal di badannya pun gugur bila Shazriq bangun.
Ahli guild masih lagi terkejut. ‘Wave destroyer’ merupakan serangan paling kuat jenis energy berjaya di tahan oleh orang yang mereka tidak kenali di kafe guild mereka.

Oleh kerana semua mata memandang Shazriq, dia berlari ke pintu beredar secepat mungkin.


*golem mini – dikira sebagai dummy atau golem latihan. User biasanya akan berlatih mencipta golem mini sebelum mencipta saiz yang diingini kelak.

*overcharge – situasi dimana user tidak menggunakan elemen kuasanya, apabila dia mula menggunakannya kembali hasil kuasa dikeluarkan lebih banyak dari hasil yang diingini. Boleh berlaku kepada sesiapa dengan kuasa ‘catalyst’ (meningkatkan kuasa +%)

*Wave destroyer – Bebola lutsinar. Partikel di udara di perangkap dalam bebola dan struktur partikel menjadi laju menyebabkan getaran tinggi dalam bebola. Apabila terkena benda, partikel bergetar dengan kelajuan tinggi mampu menghancurkan benda tersebut. Pada akhir hentaman, partikel bergetar akan meletup membentuk ‘area damage’ yang bergantung kepada kemampatan partikel dalam bebola lutsinar.

No comments:

Post a Comment