Menyediakan novel online versi terbaru. Genre sci-fi, fantasi, misteri, seram, pengembaraan, mesin masa Gaya penulisan santai. Jangan marah kalau ayat mintak flying kick, sebab sy bukan budak sastera OKAY Jiwang?? mungkin tidak sebab tak pernah LULUS berjiwangan. Ketuhanan?? bukan semua tajuk. Takut kena bash salah dalil dan dianggap wahabi. haha Kebanyakan penulisan berkisar sahabat, pengembaraan. Sumber rujukan tempat, event melalui mr.google. So, if got any false information, tak perlu melenting. OKAY

Sunday, 7 December 2014

Crysalis #12 : Copy


2 minggu lalu, sebelum pemantauan SSU.
 
“Dah siap belum” Tanya Prof Bernard.

“Dah” sambil menunjukkan hasil latihannya.

Dia berjaya mencipta sebuah pokok bunga menggunakan kristal. Apa yang lebih menarik, pokok  kristal yang diciptanya tidak keras seperti kristal. Mampu bergerak ditiup angin.

Prof pernah menyatakan, semuanya bergantung pada imaginasi, emosi. Dalam kes Shazriq, kristal yang di cipta mempunyai karakteristik. Apabila Shazriq menukarkan barang tidak hidup ke kristal, pertukaran begitu pantas. Apabila benda hidup ditukarkan, contoh pokok atau rumput,  perubahan perlahan tetapi kristal yang dihasilkan berkualiti tinggi dan hidup.

Contoh seperti pokok kristal itu. Elemen dalam udara ditukar menjadi kristal,  digabungkan dengan  rumput menyebabkan ia lembut dan hidup.

Shazriq boleh mengawal perubahan kristal tidak hidup, tetapi hanya mampu memberi arahan kristal dari benda hidup. Bermaksud, jika benda hidup dijadikan kristal, seperti binatang, maka ia akan ikut kehendak Shazriq.

“Bagus, dah makin maju. Next week pemantau SSU akan melihat hasil. Selain itu mereka juga akan memuat ujian ranking D-rank pada masa yang sama.” Jelas prof.

“Baik prof. Saya akan buat yang terbaik” balas Shazriq.

“Jangan buat yang terbaik. Tak kira apa yang berlaku, walaupun kamu menjadikan kristal dari benda hidup jangan sesekali menggunakannya kalau tiada keperluan. Terutama skill “bloodsoul” yang menukarkan anggota manusia menjadi ratusan kristal. Atau kualiti kristal, jangan sesekali tunjuk. Kalau SSU atau sesiapa tahu, kamu bukan sahaja di buru, malah menjadi barang untuk keuntungan.” Terang Prof Bernard.

“Lagi satu, kuasa empath jangan sesekali kamu guna untuk mempengaruh atau ‘confess’ orang lain. Kuasa empath sendiri adalah entiti berbeza, tetapi kamu mempunyai kuasa empath hibrid dengan kuasa kristal kamu. Orang lain tidak boleh masuk fikiran kamu, kamu boleh, tetapi bila dah masuk, orang itu akan dipengaruhi dengan fikiran kamu impak karakteristik kristal yang menguatkan confess. Tentu kamu tidak mahu rakan-rakan kamu menjadi orang suruhan kamu bukan? Sama juga untuk ‘skill channel’, jangan gunakan sesuka hati, kalau boleh jangan gunakan langsung. Tengok apa jadi, kamu secara tidak sengaja skill channel Hana, kamu dapat copy skill nya tetapi dia menerima efek ‘overpower’ kristal kamu.” Pesan prof.

Shazriq faham apa yang dimaksudkan prof Bernard. Walaupun dia boleh reverse efek ‘overpower’ dalam skill channel, tetapi copy skill masih ada ‘print’ dalam otaknya.

....

Perlawanan akhir.
Gelanggang api.

Seorang versus seorang. Apabila sorang kalah, maka orang seterusnya akan ganti. Yang paling terakhir menang, memenangi perlawanan.

Kali ni Shazriq menjadi orang pertama yang akan lawan. Pasukan lawan mempunyai 3 orang B-rank dan 2 orang  C-rank.

Shazriq masuk ke gelanggang. Lawan berpangkat B-rank masuk gelanggang. Pelawan pertama mempunyai kuasa pyro iaitu kuasa api. Dia meliputi seluruh badannya dengan api. Gelanggang merupakan kelebihannya. Di tambah dengan kuasa pasif “immolation” menyebabkan bahang panas yang teramat sangat dan mampu meleburkan besi.

Shazriq pada mulanya membentuk golem kristal yang besar. Tetapi mudah di carikan oleh lawan. Agak mustahil untuk berlawan dengan kristal hidup. Dia membuat bubble untuk mengurangkan bahang panas.  Bagaimanapun serangan bertubi-tubi tunbukan dari lawan mudah menghancurkan bubble miliknya.

Darah keluar dari sikunya hasil hentakan ke lantas panas. Dia mendapat ilham selepas merenung darah itu. Walaupun panas, darah itu tidak tersejat. Shazriq menjadikan darah itu kristal, dan membaling nya seperti peluru.

“Tu je ker yang kau mampu buat?” sindir lawan sambil ketawa besar.

“Siapa kata tu saje aku buat. Cuba tengok betul-betul” balas Shazriq.

Tempat luka tersebut  membeku menjadi kristal, ia merebak ke bahagian badan yang lain. Akhirnya satu badan membeku menjadi kristal.

Lawan ke dua Shazriq berlawan dengan B-rank skill istimewa nuklear. Skill paling digeruni ialah nuklear fusion. Ternyata dia bukan calang-calang lawan.

Ia tidak mampu memusnahkan kristal Shazriq dan Shazriq tidak mampu mencederakan dia. User nuklear mempunyai lapisan nuklear di badan. Bermaksud hanya boleh berlawan jarak jauh. Skill kristal Shazriq bagaimanapun kurang efek pada jarak jauh kerana bergantung kepada empath.

Shazriq menjarakkan diri. Apabila pihak lawan perasan yang Shazriq cuba menjarakkan diri, dia menerjah ke depan. Bubble perisai Shazriq berkecai dan mereka hanya beberapa kaki dekat. Shazriq terkejut dengan tindakan lawan menyebabkannya secara tidak sengaja menggunakan “skill channel”meniru skill nuklear lawan.
Sewaktu Shazriq menggunakan kristal di telapak tangannya secara tiba-tiba ia meletup dan menyebabkan lawan terpelanting jauh dan pengsan. Shazriq tidak pasti sama ada ia adalah fision atau fusion.

Lawan ke-3 B-rank light skill. Bagaimana pun Shazriq mengalah apabila badannya mula bergetar. Kesan dari attribute asing iaitu ‘nuklear’ di dalam badannya. Sebelum ini, perkara yang sama berlaku ketika dia meng ‘copy’ kuasa Hana di mana dia diserang sakit kepala yang melampau gara-gara mendengar seluruh fikiran dalam masa yang sama sehingga dia mampu mengawalnya.


*bloodsoul – menukarkan bahagian tertentu menjadi intan dan permata sama ada melalui psikik(kuasa dari Hana) atau dari sentuhan. Penukaran boleh menjadi amputation. Boleh ditukar semula menjadi asal apabila disentuh semula.

*confess – skill menghambakan seseorang.  Sewaktu dalam empath, user akan membaca isi hati, dari isi hati user akan menulis semula isi hati. Apabila berlaku pembabitan kristal, user dapat mengawal saraf pemikiran menyebabkan seseorang menjadi hamba selamanya.

*skill channel – apabila menggunakan empath untuk mengetahui style. User dapat copy karakteristik style kuasa tersebut, meniru dan menghasilkan skill yang sama. Apabila berlaku pembabitan kristal, style kuasa yang di tiru akan kekal dalam pemikiran sebagai print plan. User dapat menggunakan print plan bila-bila masa. Print plan tidak akan berevolusi ke tahap seterusnya.

*nuklear fission dan fusion – nuklear ialah elemen yang tidak stabil. Oleh yang demikian ia hanya boleh fission (nukleus berpecah menjadi ringan) atau fusion (bercambah menjadi berat)
 

No comments:

Post a Comment