Menyediakan novel online versi terbaru. Genre sci-fi, fantasi, misteri, seram, pengembaraan, mesin masa Gaya penulisan santai. Jangan marah kalau ayat mintak flying kick, sebab sy bukan budak sastera OKAY Jiwang?? mungkin tidak sebab tak pernah LULUS berjiwangan. Ketuhanan?? bukan semua tajuk. Takut kena bash salah dalil dan dianggap wahabi. haha Kebanyakan penulisan berkisar sahabat, pengembaraan. Sumber rujukan tempat, event melalui mr.google. So, if got any false information, tak perlu melenting. OKAY

Sunday, 7 December 2014

Crysalis #7 : Color


Sebaik sahaja bangun, Shazriq mengenakan  baju Romp lengan panjang kelabu, berseluar jeans hitam dan berkasut.  Glove istimewa berwarna perang gelap menjadi pilihan. Dia sudah bersiap sedia untuk kuliah petang.
Sebelum tidur tadi, Shaari, abang nya ada menelefon menyampaikan khabar gembira itu. Dia yang sudah biasa dengan panggilan manja abangnya “kecik” itu hanya menyatakan dia tumpang gembira. Shazriq tahu bukan mudah untuk melepasi ujian itu. Teringat pesan abangnya  tahun lepas.

...
“Kecik, nanti along akan dapatkan pangkat A-rank. Nanti abang boleh lah buat guild baru dan ajak kecik masuk guild abang. Nanti sama-sama kita maju jadi guild paling kuat. Hahaha”, Shaari mengatakan hasratnya secara sarkastik.
“Along macam betul jek. Kalau along berjaya pun, bukannyer adik boleh masuk pon. Along dah lupa ke yang adik mana boleh control kuasa adik. Sebab tu setahun duduk kat pusat  pengasingan SSU”, kata Shazriq.
“Dah tau camtu, kecik try la belajar control. Kuasa kecik tu, jangan kata  S-rank, jangan-jangan  kategori Omega, sebab tu susah nak control. Kecik kan pernah tengok berita 5 tahun lepas, seorang mutan bawah Dr Frankein yang mempunyai kuasa pheonix ditemui. Maksudnya Omega memang wujud” Shaari cuba menenangkan adiknya.
“Along ni macam nak adik jadi macam tu pulak. Memang la mutan tu ada kuasa pheonix, tapi akhirnya mutan tu mati sebab uncontrollable power. Along nak ke adik jadi macam tu?” balas Shazriq sambil kening kiri terangkat.
Shaari hanya ketawa kecil. Boleh tahan Shazriq membalas kembali hujahnya. Sentap bila mendengarnya.
...
“Selamat petang kelas, hari ni kita sambung kembali topi kita minggu lepas. Sila lihat screen di hadapan” , Prof Bernard mencucuh pendrive ke komputer sehingga nota keluar di screen.
“Harini kita akan belajar mengenai maksud warna gelang tag kamu yang diberikan oleh SSU. Sekarang lihat gelang kamu dan rakan kamu di sebelah”
Shazriq melihat gelang warna Jenny di tempat duduk kiri, warna biru. Dia melihat Fendi di tempat duduk kanan,warna hijau, mata bertembung mata, masing-masing tersenyum.
“Okay. Lihat di hadapan. Arini saya akan terang satu persatu. Harap ambil perhatian.”
“Pertama sekali gelang warna biru. Biru bermaksud nature tetapi bukan bermaksud anda mempunyai kuasa berelemen nature atau seangkatan dengannya. Biru bermaksud kamu  tergolong golongan elemen atau kuasa fizikal. Sebahagian dari kamu atau semua sudah menjadi ahli guild atau layak menjadi ahli guild.”
“Gelang warna hijau. Kamu mempunyai kuasa mental atau cosmic. Impath, mind reader, mengawal shadow merupakan antara golongan mendapat gelang hijau. Kamu juga layak memohon mana-mana guild.”
“Gelang warna hitam. Kamu dikategorikan  sebagai kuasa merbahaya atau mampu melumpuhkan secara menyeluruh. Amat merbahaya untuk orang sekeliling walaupun kamu mampu mengawal kuasa dengan baik. Kamu layak memohon mana-mana guild dan kamu juga boleh memohon pangkat S-rank untuk membuat kerja-kerja SSU.”
“Gelang warna merah. Kamu dikategorikan jenis yang degil. Tiada masalah dengan kuasa kamu, namun jika kamu membuat sedikit masalah, mungkin akan di hantar ke pusat pemulihan kembali. Berpotensi menjadi musuh, sebab tu kamu akan di pantau 24 jam.”
Kelihatan pelajar mula melihat satu-sama lain. Terutama yang mempunyai warna gelang merah. Terdapat 3 orang dalam kalangan pelajar mempunyai tag warna merah.
“Jangan risau. Tag berdasarkan tindakan kamu di pusat pemulihan sewaktu kamu pertama kali mendapat kuasa. Jika kamu jenis melawan dan tidak ikut kata, kamu mendapat tag merah. Begitu juga sebaliknya. Ia penting untuk memastikan kamu tidak terjebak dengan halatuju yang salah.”
“Ok, seterusnya dan yang terakhir gelang warna putih. Sebelum saya tunjukkan di screen, siapa boleh teka apa maksudnya? Siapa yang mempunyai gelang putih boleh jawab soalan saya?” mata Prof Bernard meliar melihat pelajar.
Shazriq tersentak. Pantas jantungnya berdegup. Rasa seperti terkena heart attack. Rakan-rakan sekelas yang lain memerhatinya tajam bagai helang kelaparan. Dalam kelas hanya dia mempunyai gelang tag warna putih.
“errhmmm. Saya tak pasti la prof.” jawab Shazriq perlahan.
Prof Bernard senyum.
“Okay. Tak mengapa. Saya akan jelaskan. Semua pelajar sila lihat screen.” Kata Prof Bernard cuba mengalih pemandangan pelajar yang merenung Shazriq.
“Warna putih bermaksud uncertainty. Terdapat banyak sebab mengapa warna putih ini tidak tetap. Salah satu sebab, terdapat mutan mempunyai kuasa, tetapi tidak tahu usul atau kesannya secara ilmiah atau mutan. Contoh mempunyai kuasa immortal atau tidak mati atau regeneration yang tinggi, kuasa itu tidak dapat dikawal dan dilihat tetapi ia efektif bila menghadapi kematian atau luka. Kedua, mutan tidak dapat mengawal kuasa. Biasanya terjadi apabila seseorang mutan itu mengalami perubahan atau evolusi kuasa ke tahap seterusnya. Dimana kuasa tidak dapat dikawal kerana perubahan kebiasaan badan dan peningkatan kuasa. Ketiga, penghasilan kuasa maksimum di tahap penggunaan minimum. Dimana mutan mempunyai tahap resisten pengawalan yang rendah tetapi kuasa yang besar. Seperti sebuah botol air, bila di buat lubang, air akan mengalir laju dan lama-lama menjadi perlahan. Kuasa melebihi kemampuan badan.
“Ketiga, revolusi kuasa mendadak yang memerlukan mutan mengatasi sesuatu emosi atau melepasi tahap evolusi kuasa. Mutan tidak boleh mengawal kuasa kerana terdapat blockage memori atau masa silam, atau mutan perlu mendapatkan kuasa tahap  lebih tinggi untuk mengawal kuasa berkenaan.”
“Berdasarkan ke empat-empat tag warna ini. Warna putih merupakan mutan yang paling precious untuk para pengkaji kerana mempunyai kuasa yang belum pernah wujud atau mampu berevolusi ke tahap omega. Terdapat bukti dalam kajian mutan warna putih ini berjaya menghampiri tahap sigma, iaitu selepas A-rank. Iaitu Dr Frankein.”
Semua pelajar berbisik sesama sendiri. Tiada yang sangka Dr Frankein mempunyai  kuasa tahap sigma.
“Jangan terkejut. Berbeza dengan orang lain, Dr Frankein pada asalnya mempunyai gelang warna putih dari SSU. Dia mangsa tahi bintang di Australia dan hampir mati akibat batu meteor yang masih berada dalam tengkoraknya. Kelebihnyannya pada asalnya genius, tidak ama kemudian dia didapati mempunyai barah sehingga pembesaran rangka tengkoraknya dan menjadi jahat pada masa kini.” Ujarnya lagi.
“Bermula petang esok, kita akan mulakan kelas praktikal. Kita akan membuat latihan di guild Warriors. Disebabkan kamu bukan  berada di bawah jajahan  guild masing-masing. SSU  telah membuat initiatif sebegini untuk melatih kamu yang belajar di universiti biasa seperti di guild-guild. Kita juga telah memohon beberapa orang fasi dari SSU dan guild memantau dan melatih kamu.  Diharap esok petang kamu sudah menunggu di tempat yang telah ditetapkan.”

No comments:

Post a Comment