Menyediakan novel online versi terbaru. Genre sci-fi, fantasi, misteri, seram, pengembaraan, mesin masa Gaya penulisan santai. Jangan marah kalau ayat mintak flying kick, sebab sy bukan budak sastera OKAY Jiwang?? mungkin tidak sebab tak pernah LULUS berjiwangan. Ketuhanan?? bukan semua tajuk. Takut kena bash salah dalil dan dianggap wahabi. haha Kebanyakan penulisan berkisar sahabat, pengembaraan. Sumber rujukan tempat, event melalui mr.google. So, if got any false information, tak perlu melenting. OKAY

Sunday, 7 December 2014

Crysalis #10 : Multiplex



Shazriq, Prof Bernard dan pengajar lain sedang rehat dalam bilik Jedi. Sambil makan, mereka berbincang apa yang boleh diambil pengajaran dalam beberapa hari mereka berlatih.
 
“Kamu terlalu menahan. Cuba nak control kuasa. Kenapa ek? Kamu ada masalah dengan kuasa kamu?” tanya Evan.

“Aku pun fikir macam tu. Kau tak suka ke dapat kuasa macam tu? Patut kau bersyukur dapat kuasa yang  boleh dikatakan RARE,” Min Ho menghela nafas kecil.

“Aku rasa Shaz terlebih memaksa ada lah. Cuba nak melepaskan kuasa dalam amount yang sikit tetapi mempunyai kuasa yang mampat” jelas Haziq.

“Memang lah. Tiap kali dia guna kuasa, saya boleh nampak yang dia terbayang kejadian masa sekolah. First time kuasanya menifest hampir bunuh orang” jelas selamba Hana.

“Mungkin apa yang senior kamu itu sebut betol. Masalah sebenar kamu, kamu tidak mengenali kuasa kamu.”

“Kamu perlu faham kuasa asas apa kamu ada. Kristal tu kuasa utama kamu, tapi kamu mempunyai kuasa lain iaitu empath. Melihat emosi, mengenalpasti aura dan kuasa orang lain itu ialah ciri-ciri empath. Sewaktu kamu menggunakan kuasa kristal, emosi kamu tidak stabil. Bila kamu berada di sekeliling orang, perasaan semakin tidak stabil. Macam saya pernah katakan sebelum ini, kuasa bergantung kepada emosi. Emosi tidak stabil mengganggu pengawalan kuasa.” Jelas prof.

“Kamu nampak pergerakan aura sekeliling kamu. Kamu sepatutnya mampu melihat apabila aura iaitu emosi bersambung dengan aura kamu. Oleh itu, saya dah arahkan pihak guild menyediakan cermin besar agar kamu dapat melihat sendiri depan mata kamu.”

“cuba kamu pegang ayam panggang ni, kali ni cuba fikir ayam panggang ini sedap dan kamu ingin makannya,” sambil menunjukkan ayam panggang yang tersedia di hadapan.

Shazriq merenung seketika ayam di hadapannya. Sambil cuba mindsetkan minda nya . Dia membuka glove dan perlahan-lahan cuba menyentuh ayam panggang itu.
Shazriq tiba-tiba rasa ragu. Pelbagai aura di kelilingnya menusuk hatinya untuk ragu.
“Kamu yang lain boleh tak yakin, mind setkan sekali yang ayam tu sedap dan tidak berfikir Shazriq tidak mampu buat. Bila kamu berfikir demikian dia mula ragu” tegur prof.

Pengajar yang lain cuba mengalihkan perhatian. Shazriq mula fokus. Dia menyentuh ayam itu.

1 saat dia menyentuh, ayam tidak membeku. Dia menyentuh lagi 2saat. Masih tiada perubahan. Prof dan senior mula teruja kerana dia berjaya menyentuh ayam itu tanpa mengkristalkannya.

“Tengok!! Yeah! Berjaya!”  Jerit Shazriq bangga.

Tiba-tiba ayam yang dipegangnya membeku. Kali ni dengan kadar yang pantas dari kuasa sebelumnya. Biasanya ia mengambil 2~3 saat untuk satu benda sebesar itu membeku. Tetapi kali ini dalam sesaat sahaja.

“ Demn. Almost.” Kata Shazriq.

“Tak apa. Langkah permulaan. Lepas ni hope menjadi” kata prof memberi semangat.

“Tak apa? Ayam dah jd kristal. Sekarang ni macam mana nak makan?” kata Evan dengan nada stress.

Mereka semua ketawa.

....

Shaari baru sahaja sampai ke Guild Warriors membawa cube A-rank. Dia terus menaiki tangga menuju ke Zues koridor. Dia membuka perlahan-lahan pintu besar tertulis ‘Jedi’.

Kelihatan 6 orang sedang duduk dalam bulatan sambil ketawa kuat. Makanan yang di jamu mereka baru separuh habis. Shaari mendekati mereka secara diam.

....

“Gelak sakan nampak? Kutuk aku lah tu”

Tetiba suara dari belakang kedengaran. Mereka berhenti ketawa. Masing-masing menoleh ke arah pintu. kelihatan seorang yang mereka kenal sedang berdiri.

“Ah! Ery. Bila balik? Asal tak bagi tahu aku?” kata Evan lantas bangun memeluk kawan baiknya itu.

“Nak bagi tahu macam mana. Kau ingat familiar aku tu ada anthena ke boleh pick up satelit? Apa cerita guild? Ada orang nk rampas tanah?” tanya Shaari.

“Along! Guild?” Shazriq bangun, sedikit menjerit tersentak.

“Kau kenal budak ni?” tanya Evan.

“Mana tak kenal pulak. Tu la adik aku. Si kecik” jawab Shaari.

“What?” Evan terkejut.

Ternyata yang lain juga terkejut. Prof Bernard nampak bersahaja.

“Laa. Patut  nama hampir sama! Shazriq Akhif Ariq Mohd Zain Zainal dan Shaari Akid Aktar Mohd Zain Zainal. Aduh. Kenapa aku tak perasaan sebelum ni!” kata Evan.

“Memanglah kau tak tahu. Kau pun mana ada tanya nama adik aku.” Shaari membalas sambil tergelak.

“Demn.  Thats mean adik kau ni kira neutral la. Tiada guild. Means boleh la aku kenalkan diri aku” 

“Aku Evan  DeThorg. A-rank. Master guild ni. Abang kau ni Vice president. Hana Mitadel, penasihat, Haziq Ashraf dan Jun Min Ho perisai guild, orang kanan dan kiri guild.” Jelas evan kepada Shazriq.

“Saya pula Prof Bernard. Lecture dan pelatih kamu,” prof Bernard menyampuk.

Evan dan yang lain sudah pecah perut ketawa. 
Shazriq hanya mengangguk. Dia tidak pernah menanyakan hal berkaitan guild abangnya.

“Evan, since kau pun dah kenal. Boleh tak dia masuk guild kita?” tanya Shaari.

“Boleh saje. Lagipun dia dah ada kemajuan kawal kuasa dia, boleh ambil ujian D-rank. Kalau dia masuk guild kita, means kita ada 2 orang S-rank, Haziq dan adik kau,” jelas Evan.

“S-rank? Belum lagi tu. Tapi bakal” sampuk Shaari memuji adiknya.

“Sekarang ni kalau dia boleh kawal kuasanya dia dikira B-rank dah. Dah la mempunyai elemen kristal yang RARE, skang baru tahu dia mempunyai kuasa empath. Banyak skill yang boleh dia hasilkan kelak” Jelas prof.

“Empath. Wow! Definitely kita perlu daftar bawah guild kita. Lepas ni Hana tak dapat cari makan lah. Hahahaha” perli Shaari.

Mereka semua ketawa terbahak-bahak.
Shazriq hanya mendiamkan diri. Dia faham bukannya senang nk kawal kuasa. Hampir 5 tahun dia berusaha tiada hasil, inikan pula perlu ada improvement dalam masa 1 minggu.

Crysalis #8 : Empath



“Selamat datang ke Pusat Latihan Warriors. Kami telah dimaklumkan dan bersetuju untuk bekerjasama dengan SSU. Oleh yang demikian, kami berharap anda semua tidak membawa sentimen guild anda di sini. Untuk masa beberapa hari ini,  kamu semua akan di agihkan mengikut kumpulan. Sesiapa yang namanya dipanggil harap dapat berbaris mengikut yang telah ditetapkan” jelas trainer dari guild warriors, Evan berucap.
 
Terdapat 46 orang pelajar baru yang diagihkan. Semua pelajar diagihkan mengikut element dan skill masing-masing.

Hampir semua nama pelajar sudah dibahagikan dan beratur mengikut  kumpulan untuk pergi ke kawasan latihan masing-masing, kecuali Shazriq. Apabila mereka sudah bergerak barulah nama Shazriq di sebut.

“Shazriq Akhif Ariq Mohd Zain Zainal, kamu ikut saya ke tempat latihan” arah Evan.
Shazriq hanya mengangguk dan mengekori Evan dari belakang.

Mereka sampai ke satu kawasan koridor yang mempunyai pintu-pintu sebesar 10 meter panjang. Shazriq kagum bercampur gusar melihat keunikan tempat itu dan gusar memikirkan dia akan berlatih seorang.

Pintu bertag “Jedi” dibuka.

Terdapat 5 orang sahaja di dalam bilik itu, memakai tag nama. Salah seorang dalam bilik itu sememangnya dia kenali, Professor Bernard.

“Shazriq, selamat datang ke bilik Jedi.” Katanya sambil tersenyum.
Shazriq hanya tersenyum.

“Disini saya akan membantu kamu untuk mengawal dan menggunakan kuasa kamu. Means kamu tak perlu rasa rendah diri dah selepas ini” jelas Prof Bernard.
“Bagaimana Prof tahu saya...” Tanya Shazriq keliru.

Umpama Prof Bernard tahu apa yang difikirkannya selama ini.

“Mungkin kamu tak tahu atau tak perasaan. Saya juga seperti kamu. Saya empath, boleh membaca isi hati kamu dan dapat mendengar apa kamu fikirkan.” Sambil menunjukkan tag gelang warna hitamnya.

“Warna hitam? Thats it. Patut lah tiap kali tengok dia nampk something unusual. Something yang sebelum ni aku tak pernah tengok.” Bisik hati Shazriq.

“Oh.. begitu. Thats new. Budak ni boleh nampak? Tak mungkin 2.” Prof Bernard berfikir seketika.

“Shazriq. First lesson. Just for confirmation. Apa pendapat kamu melihat 4 orang tersebut.” Sambil menunjukkan jari ke arah Evan dan rakannya.

“Evan, nampak banyak berfikir. Min Ho nampak yakin..”

Belum sempat Shazriq menghabiskan jawapannya Prof Bernard menyampuk.

“No no. I mean, apa yang kamu nampak, sesuatu yang lain dalam diri 4 orang itu?” 

“Maksud prof yang lain? Saya tak faham” berkerut dahi Shazriq keliru.

“Maksud saya, benda yang kamu nampak, yang tidak kamu nampak dalam diri orang biasa” jelas Prof Bernard.

“Yang macam aura tu ke?”

“Yah, yeah seperti aura”

“Evan ada aura merah, macam warna api. Min Ho aura biru berbentuk tajam. Hana ada aura putih kebiruan keluar dari kepala menjalar. Haziq  mengeluarkan warna pudar hitam sekeliling badan.”

“Saya” Tanya Prof Bernard.

“Prof keluar warna biru dari kepala. Eh, sekarang warna tu bertukar warna merah. Menjalar kerarah... saya?” jawab Shazriq sedikit pelik.

“Wow. Bagus. Dah berapa lama kamu boleh melihat aura?” tanya Prof Bernard kagum.

“Tak pasti, rasanya dari dulu lagi saya dah boleh tengok. Ingat itu emosi. Sebab manusia biasa pon ada. So saya tak buat bising” jelas Shazriq.

“No no no.. Apa yang kamu nampak itu bukan emosi semata-mata. Untuk menggunakan kuasa, perkara yang perlu di ambil kira ialah emosi. Makin kuat emosi, makin kuat kuasa dihasilkan.”

“Kenapa saya kata demikian? Dari perspektif kamu, Evan mempunyai kuasa elemen api, bila kamu pandang dia, hanya kelihatan aura merah yang melambangkan api di sekelilingnya sehingga dia memfokuskan kuasanya di satu kawasan. Maka kamu akan nampak Hana, dia mempunyai kuasa telekinesis yang menggunakan sel-sel otak. Kuasa kurang kelihatan seperti Haziq, elemen dark yang mana dia mampu menyembunyikan kuasanya dengan baik. Min HO, tahap ke-2 evolusi kuasa, mempunyai kuasa air dan angin yang menghasilkan ais, itu yang kamu nampak.

“Bermaksud Prof sama seperti  Hana. Tapi berubah warna?” tanya Shazriq.

“Empath, mempunyai beberapa evolusi. Pertama warna biru, dimana ia merupakan warna emosi kamu yang dicopy oleh empath dan menghantar ia ke otak saya. Bila ia bertukar merah, bermaksud saya menggunakan kuasa lain iaitu mind kontrol, cuba mencari cara mengawal otak kamu” jelas prof Bernard.

“Jangan risau ia cuma testing. Sekarang saya baru tahu masalah kamu. Okay, sekarang, cuba kamu guna kuasa kamu. Tak perlu paksa, cuma guna. Jangan risau kalau tak boleh kawal.” Pinta Prof Bernard.

“Tapi..”

“Jangan risau. Dalam bilik ini hanya kamu sahaja pelajar, dan kami 5 orang pengajar. Thats why kamu di tempatkan disini, di bilik Jedi. Jedi di ambil dari perkataan “jedinecny” bermaksud singular, unik. Hanya 1 pelajar dalam 1 masa. Sekarang cuba.”

Shazriq membuka kedua-dua sarung tangan nya. Dia diarahkan untuk mengkristalkan  golem shadow yang dibuat oleh Haziq. Dia menutup mata dan cuba memfokuskan diri.
Kawasan sekitar kaki Shazriq mula membeku. Kawasan membeku semakin membesar. Dari beku mula membentuk kristal keras. Pengajar terpaksa berundur sedikit jauh dari Shazriq kerana kawasan kristal makin membesar.

Min Ho dan Evan cuba mencarikan Kristal di sekeliling  Shazriq. Menggunakan api dan air. Bagaimanapun , kristal yang cair kembali ke bentuk asal. Hana dan Prof mengawal proses aktiviti otak Shazriq.


*empath – boleh membaca dan memahami isi hati dan emosi

Crysalis #7 : Color


Sebaik sahaja bangun, Shazriq mengenakan  baju Romp lengan panjang kelabu, berseluar jeans hitam dan berkasut.  Glove istimewa berwarna perang gelap menjadi pilihan. Dia sudah bersiap sedia untuk kuliah petang.
Sebelum tidur tadi, Shaari, abang nya ada menelefon menyampaikan khabar gembira itu. Dia yang sudah biasa dengan panggilan manja abangnya “kecik” itu hanya menyatakan dia tumpang gembira. Shazriq tahu bukan mudah untuk melepasi ujian itu. Teringat pesan abangnya  tahun lepas.

Crysalis #6 : Ranking Battle



Warrior Guild, Elizabeth.
 
Jantung Shaari sedikit berdebar. Dia agak gementar. Beberapa kali dia melihat monitor di hadapannya. Ujian kali ini adalah penting baginya.

Dari kelmarin lagi Shaari bersiap sedia untuk ujian hari ini. Perlengkapan dan sut yang diubah khas untuk itu juga sudah pun lengkap. Hanya menunggu gilirannya untuk di uji sama ada dia layak atau pun tidak.

“Shaari, lepas ni giliran kamu. Sebaik loceng dibunyikan, sila masuk”, arah fasi memberi peringatan.

Loceng dibunyi kan menandakan tibanya gilirannya. Selepas menarik beberapa hela nafas, dia pun masuk ke dalam.

Gelanggang ujian agak sunyi. Kelihatan 3 orang pengadil sudah pun berdiri dihadapannya. Ujian akan pangkat A-Rank itu akan bermula sebentar lagi.

Gelanggang untuk menentukan pangkat mutan dalam SSU kategori Summoner. Terdapat beberapa pangkat atau rank dalam menentukan tugasan dalam SSU bahagian special force. Pangkat terbahagi dari bawah iaitu D-rank, C-rank, B-rank dan A-rank. Dan satu pangkat istimewa iaitu S-rank.

Setiap rank mutan akan diasingkan mengikut kuasa iaitu elemen, summoner, defender dan offensive. S-rank pula untuk kuasa istimewa atau rare yang tidak terdapat list rank.
Tujuan  Ranking ini bertujuan untuk membentuk pasukan utama guild kelak yang merangkumi range, melee, sidekick dan frontline. Hanya yang layak sahaja boleh menyertai Ranking.

Pengadil memulakan langkah. Di mana tiap satu mempunyai elemen dan kelebihan berbeza. Pengadil 1 mengeluarkan fire golem dan fire hawk. Pengadil 2 mengeluarkan  centaur dan fairy dan pengadil 3 mengeluarkan berserker dan poison tree. Masing-masing dalam posisi.

Shaari memanggil steel dragon, water dragon dan thunder dragon. Steel dragon posisi menyerang, water dragon dalam posisi bertahan dan thunder dragon dalam posisi back up.

Pengadil memulakan serangan, fire hawk dan berserker menyerang serentak Shaari. Asakan fire hawk dpt dikalahkan dengan water dragon dengan kelebihan elemen dan berserker pengsan di thunder oleh thunder dragon. Fire hawk dan berserker di singkirkan.

Kini giliran Shaari. Dia menyerang menggunakan water dragon dan steel dragon. Fire golem membakar steel dragon dan hampir menumpaskannya tetapi water dragon menggunakan skillnya untuk healing steel dragon. Water dragon menyerang fire golem tetapi dipatahkan oleh poison tree. Kini yang tinggal steel dragon dan thunder dragon, manakala pengadil mempunyai fire golem, centaur, fairy dan poison tree.

Pengadil cuba menyerang balas.Fire golem berubah menjadi satu bongkah bulat batu berapi. Centaur menendang fire golem ke arah dragon. Kuasa gandingan summoner memberi impak yang membinasakan. 

Shaari tiada pilihan lain selain menggunakan teknik yang dia cipta. Steel dragon menggunakan skill iron clad digabungkan dengan teknik thunder dragon iaitu thunder wrath membentuk hujan besi dimana akhirnya besi-besi itu menjadi konduktor kepada arus elektrik dan magnify arus menjadi voltan tinggi. Poison tree dan fairy mampu menahan serangan steel atau thunder tetapi akhirnya kalah kerana gabungan steel thunder menghasilkan elemen fire, particle wave.

Shaari keluar dari gelanggang sambil menarik nafas lega. Akhirnya usahanya berhasil. Dia mampu menghasilkan serangan yang cukup kuat. Sebagai seorang summoner, mempunyai familiar pelbagai elemen dan mampu mengambil kelebihan element itu penting untuk  mengalahkan lawan.

“Congrate. Kamu patut bersyukur kerana mempunyai kelebihan yang dikira RARE kerana mempunyai kuasa familiar race naga”, ucap fasi sambil menepuk bahu Shaari.
Iya, Shaari mempunyai kelebihan untuk memanggil apa-apa familiar berbaka naga.
Berbeza dengan semua summoner iaitu true summoner, familiar yang dicipta dan dikawal sepenuhnya summoner seperti golem api. Dan terdapat summoner dipanggil sebagai contractor, tidak mampu mencipta familiar tetapi mempunyai access, key atau contract dengan makhluk lain seperti naga, dinosaur,fairy dan sebagainya.

Shaari mencapai telefon pintar di locker dan mendail speed dail 1*, tertera nama kecik.


*Ranking – digunakan SSU untuk mengasingkan mutan mengikut pangkat. Makin tinggi rank semakin banyak option misi boleh di ambil. Ujian dilakukan di pejabat utama SSU. Deskripsi pangkat
            D-rank – pangkat paling bawah. Untuk mutan yang baru menyertai SSU.
            C-rank – pangkat sederhana. Mutan D-rank yang melepasi ujian Ranking C-rank.
            B-rank – pangkat atas. Mesti melepasi ujian Ranking B-rank.
            A-rank – pangkat paling atas. Rank ini boleh menubuhkan group sendiri (Guild). Ahli terdiri dari A-rank, B-rank, C-rank, dan D-rank yang berperanan membantu ahli naik pangkat melalu misi.
            S-rank – pangkat istimewa. Di kelola sendiri oleh SSU. S-rank mutan mempunyai access universal dalam pentadbiran SSU, termasuk guild. Bebas untuk memilih guild atau bertindak bawah SSU terutama melawan Dr Frankein (organisasi mutan tidak di iktiraf).

*Guild – Kumpulan rasmi mutan yang bertindak untuk menerima guild misi (misi merangkumi permintaan penduduk sekitar atau bandar). Sebuah guild mempunyai 10 orang minimum. Berbeza dengan SSU sebuah organisasi induk. Guild berperanan sebagai polis atau baron sesebuah tempat, mengawal atau menjaga keamanan sesuatu tempat. Guild mendapat hak mengutip separuh dari goverment tax dari kawasan jajahan selain kelebihan mendapat upah dari misi. Dikatakan hanya sistem guild mampu mengawal mutan di seluruh dunia.

*misi – dibahagikan mengikut rank sama seperti rank SSU. Ahli guild boleh memilih dari misi rank dan melakukan misi secara berkumpulan atau berseorangan.  Ahli A-rank boleh melakukan mana-mana misi. Misi yang selesai mendapat upah berupa barang keperluan, kontrak (keperluan seperti makanan, kewangan, tempat, juga familiar) dari bounty misi dan bonus merit (keperluan untuk guild; kewangan, pembangunan, pertahanan tempat jajahan) dari pihak SSU.

*SSU kategori (struktur ujian ranking) – Terbahagi kepada  beberapa bahagian bergantung kepada kuasa mutan.
            Summoner – mutan yang mempunyai familiar atau contractor.
            Windrunner – mutan yang mempunyai penyamaran, kelajuan, kepantasan, invisible, ilusi dan seumpamanya. Lebih kepada assasin, ninja, teleporter.
            Elementalist – mutan dari  elemen. Bertindak sebagai penyerang, pertahanan, atau perisai. Mempunyai 1 element utama atau advance element user.
            Crafter – mutan kelebihan membuat alatan perang/elemen, gajet
            Healer – mutan kelebihan menyembuh.
            Nuker – mutan yang mempunyai kuasa destroyer atau memusnah.
            MindStopper – mutan mempunyai kuasa minda seperti telekinesis, impath, mindreader, mindcontroller.

*fire golem – golem yang diperbuat dari larva dan api. Dicipta hasil imaginasi mutan. Skill utama “boulder dash” bola batu berapi

*fire hawk – helang elemen api. Dicipta mengikut imaginasi mutan. Skill utama  “Fire claw” dan “fire ball”

*centaur – makhluk mistik berkepala manusia dan berbadan kuda. Mutan mengikat kontrak untuk memanggilnya. Elemen earth.

*Fairy – makhluk mistik manusia kecil bersayap. terdapat pelbagai jenis fairy. Kebanyakan fairy mempunyai skill “Healing”.

*Berserker – makhluk berbentuk manusia bertopeng tengkorak. Dicipta hasil imaginasi mutan. Elemen dark dan earth. Skill “Dark claw” dan “Fury swipe”.

*Poison tree – pokok bonzai dicipta dari imaginasi mutan. Mempunyai bunga beracun dan daun menyembuh. Skill “poison whip” dan “healing”.


*Steel dragon – naga berbadan besi titanium, berekor panjang dan bersayap bernama ‘Ferric”. Dijadikan familiar bila membuat perjanjian dengan Shaari. Berasal dari DragonVille yang terletak di tengah lautan Atlantic. Merupakan anak ke-3 dari 11 adik beradik dragon. Naga pertama yang membuat kontrak dengan Shaari. Skill utama “ Steel claw”, “iron clad” dan “meteorite strike”

*water dragon – naga air bernama “leviathan”. Naga ke-2 membuat perjanjian dengan Shaari selepas dia diselamatkan dari Dragon Hunter. Adik beradik Steel Dragon . Tidak mampu terbang tetapi perenang yang paling pantas. Skill utama “healing” dan “ice shard”.

*thunder dragon – naga elemen elektrik  bernama “Drakul”. Sinonim dengan namanya, berbentuk seperti ular panjang dan berbisa. Berbeza dengan adik-beradik dragon, Drakul hidup dengan mengambil kesempatan  dari makhluk lain. Mempunyai agenda mendekati Shaari. Skill utama “Thunder wrath”. Dikatakan mampu menggunakan skill “Thunder Ultima”, elemen skill terunggul suku dragon.